Kabinet pilihanraya PAS : Senarai Pengerusi lajnah, lembaga dan jabatan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 23, 2011

Kabinet pilihanraya PAS : Senarai Pengerusi lajnah, lembaga dan jabatan

Pada mesyuarat AJK PAS Pusat kali pertama dulu, dah pun buat keputusan melantik pegawai-pegawai macam Setiausaha Agong, dan 3 orang Timbalan, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah pilihanraya dan jugak melantik AJK tambahan. Juga dibuat lantikan pesuruhjaya PAS negeri-negeri.

Menyuarat penuh AJK PAS Pusat baru-baru ni pulak dah buat perlantikan pengerusi lajnah-lajnah dan jabatan PAS Pusat.
 
Di bawah ni senarai yang aku salin dari Harakah cetak.

Lajnah Politik dan Pilihanraya 
Pengerusi : TG Hj Hadi Awang
Timbalan : Hj Mohamad Sabu
Setiausaha : Hj Mustafa Ali  

Lajnah Penerangan dan Dakwah
Pengerusi : Ust Tuann Ibrahim Tuan Man
Timbalan I : Ir. Hj Nizar Jamaluddin
Timbalan II : Ust Nuridah Salleh

Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi
Pengerusi : Hj Mohamad Sabu

Lajnah Ekonomi dan Pengurusan Harta PAS
Pengerusi : Ust Abdul Halim Abdul Rahman
Timbalan: Dr. Hasan Ali
Setiausaha : Mohd Apandi Mohamad

Lajnah Pendidikan
Pengerusi : Ust Abu Bakar Chik
Timbalan I : Dr. Nik Amar Nik Abdullah
Timbalan II : Dr. Halimah Ali

Lajnah Tanah dan Wilayah
Pengerusi: Mazlan Aliman

Lajnah Alam Sekitar
Pengerusi : Zulkifli Mohd Omar

Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar
Pengerusi : Hj Anuar Tahur

Lajnah Teknologi Maklumat
Pengerusi : Ust Abdul Ghani Shamsuddin

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi : Dr. Mariah Mahmud

Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi : Asmini Awi
Timbalan : Hanipa Maidin
Setiausaha : Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus

Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar
Pengerusi :  Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan : Kamaruddin Jaafar

Lajnah Asas Tani
Pengerusi : Ir. Amiruddin Hamzah

Lajnah Pengguna
Pengerusi : Hj Mahfuz Omar
Timbalan : Taufik abdul Ghani

Lajnah Perpaduan Nasional
Pengerusi : Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Lajnah Kebudayaan dan kesenian
Pengerusi : Dr. Dzulkifli Ahmad

Lajnah Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub

Lembaga Pemerkasaan Parti
Pengerusi : Hj Husam Musa

Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi : Hj Husam Musa

Jabatan Tarbiah dan Perkaderan
Pengerusi: TG Hj Hadi Awang
Pengarah : Ust Idris Ahmad
Timbalan : Dr. Hasan Ali

Jabatan Pilihanraya PAS Pusat
Pengerusi : Dr. Hatta Ramli

Pusat Penyelidikan PAS Pusat
Pengerusi : Dr. Dzulkifli Ahmad
Pengarah : Dr. Zuhdi Masjuki

Jabatan Presiden
Setiausaha Politik : Dr. Ahmad Samsuri Ahmad
Setiausaha Akhbar: Nasaie Ismail

Jawatankuasa Disiplin Parti
Pengerusi : Hj Wan Mutalib Embong
Timbalan : Muhamad Burok

Komen aku:
Aku takdak apa nak komen. Pimpinan PAS yang duduk dalam AJK Pusat tu hebat-hebat belaka. Bagi la lajnah apa pun insyaallah depa boleh gerakkan.

Cumanya yang mencuri tumpuan aku pada Jawatankuasa Disiplin Parti. Aku setuju sangat veteran PAS yang bukan dari kalangan AJK PAS Pusat dilantik. Sebelum ni yang jadi pengerusi adalah Timbalan Presiden paling kanan, Ust Tuan Ibrahim. Memang masalah.

Bukan maksud aku Ust Tuan Ibrahim bermasalah tapi contoh macam kes Dr. Hasan vs Khalid Samad, Ust Tuan Ibrahim sendiri merungut dia payah nak buat keputusan, takut timbul persepsi negatif walau apa pun keputusan yang jawatankuasa Disiplin ambil. Lagi pun puayah, sebab sama-sama nak kena bermesyuarat rutin sebulan sekali.

Cumanya, aku harap Lembaga Disiplin Parti tu diperkuatkan lagi dengan dimasukkan ramai lagi pemimpim veteran PAS termasuk dari golongan ulama' yang dihormati oleh semua ahli dan pimpinan semasa parti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...