Bekas timbalan menteri mengigau di siang hari | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 29, 2011

Bekas timbalan menteri mengigau di siang hari

Portal PAS Parit Buntar melaporkan:
PARIT BUNTAR, 28 Jun : "Dakwaan Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Dato' Raman Suliman menyatakan ramai orang Cina kini beralih arah kembali Barisan Nasional adalah meleset." kata Pengerusi Dewan Himpunan PAS Parit Buntar, Ong Choi Ee (gambar)
 
Beliau mengulas kenyataan yang telah disiarkan oleh Sinar Harian tentang masyarakat Cina yang dahulu menubuhkan Kelab Penyokong PAS sudah beralih arah kepada Barisan Nasional.
 
" Memang Kelab Penyokong PAS sudah tiada, kini ia telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
   
"Jadi kita tak guna lagi atas nama kelab, kalau kelab untuk kumpulan kecil-kecilan sahaja seperti UMNO Bahagian Parit Buntar yang nak tubuh Kelab Penyokong UMNO untuk menarik sokongan orang Cina. Kita sudah bertaraf Dewan dan ia telah diisytiharkan pada tahun lalu." katanya lagi

Menurut Ong lagi, sokongan bukan Islam khususnya orang Cina kepada PAS semakin ramai malah keahlian DHPP mencecah lebih 20,000 ahli.

" Orang-orang Cina semakin ramai menyokong PAS. Mereka sudah tidak percaya lagi pada parti seperti MCA dan Gerakan. - Pas Pt Buntar.
Nampak sangat Ketua Bahagian Umno Parit Buntar yang jugak bekas senator yang kemudiannya dilantik sepenggal sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri ni mengigau.

Tah macamana tiba-tiba boleh bagitau yang orang cina dah beralih dari kelab penyokong PAS nak tubuh pulak Kelab Penyokong Umno. Padahalnya, sokongan orang cina di Parit Buntar sekarang ni bukan semakin berkurang malah semakin meningkat.

Pasai tu la polis dah tak bagi permit PAS nak buat ceramah di Dataran Purnama, pasainya kalau buat kat situ memang ramai orang cina yang akan hadir. Kalau sebelum-sebelum ni depa pilih-pilih jugak bergantung kepada penceramah tapi sejak awal tahun ni tak kira sapa pun penceramah yang dijemput mesti ada punya orang cina yang hadir.

Lagi satu, kalau pi mana-mana kedai cina kat Parit Buntar ni, bukak cerita pasai harga barang makin mahal, depa akan tanpa segan silu kutuk kerajaan. Kalau nasib baik nama Raman Suliman pun depa sebut sekali. Kalau nasib tak baik, depa pulak kutuk orang melayu pulak pasai takmau ubah, tak reti politik.

Puak-puak cina ni terutama sekali peniaga kat belah pekan, depa ni sebenarnya bukan peduli sangat pasai politik Umno PAS ni, sapa menang pun depa tak kisah, yang penting depa boleh meniaga, boleh buat untung.

Masalahnya sekarang ni boleh kata semua merungut, bukan pasai tak boleh meniaga tapi orang yang beli kurang. Maknanya untung depa pun kurang.

Untuk PRU13 ni puak-puak Umno boleh bermimpi saja la nak rampas balik kerusi Parlimen Parit Buntar.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...