Zahid dah mula cari alasan nak bagi kalau BN kalah PRU13? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 29, 2011

Zahid dah mula cari alasan nak bagi kalau BN kalah PRU13?

Bernama melaporkan: 
MELAKA, 28 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memantau kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang mempunyai terlalu ramai pengundi didaftarkan berbanding jumlah penduduk, bagi memastikan tiada penyelewengan terhadap pendaftaran pengundi.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemantauan yang dilakukan oleh Umno mendapati parti pembangkang mengatur daftar pengundi di kawasan tertentu demi kepentingan mereka sendiri.

"Kita mahu hanya pengundi di kawasan itu sahaja yang mengundi bukan pengundi yang 'dihantukan' jadi pengundi hantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka di sini.
 Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata tindakan mengatur daftar pengundi itu dikesan di Pulau Pinang di mana pengundi yang tinggal di kawasan pulau sengaja didaftarkan di kawasan tanah besar dan strategi itu didapati telah menular ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. - Bernama
Nampak sangat Naib Presiden Umno ni semakin tertekan. Mungkin dia pun dah tak yakin yang Umno BN akan terus menang PRU13 nanti. Pasai tu la dia macam dok cari alasan apa nak bagi kalau Umno BN kalah PRU13 nanti. Alasan yang paling mudah di bagi adalah alasan "pengundi hantu" macam yang selalu penbangkang bagi bila kalah pilihanraya.

Kalau betul pun ada gerakan macam yang Zahid Hamidi kata tu, berapa sangat yang jentera Pakatan Rakyat boleh buat. Nak buat benda macam tu bukan mudah. Pakatan Rakyat nak kena buat semua tu ikut prosedur berbanding Umno BN yang senang-senang boleh bagi IC kepada PATI dan kemudiannya daftarkan depa sebagai pengundi.

Yang paling payah sekali nak buat kerja pindahkan pengundi ni untuk nak dapat orang yang bersetuju untuk berpindah kawasan. Bukan senang punya kerja. Lepas tu pulak, depa yang bersetuju tu nak kena pi pejabat pendaftaran untuk tukat alamat.

Nak tukar alamat pulak nak kena cari alamat yang sesuai. Nak kena ada jugak 'bukti' yang nak kena tunjukkan kat JPN. Lepas tu pulak baru boleh buat pertukaran tempat mengundi, tu pun bukan boleh buat melalui PPS parti, nak kena pi beratur di pejabat pos.

Bukan senang punya kerja. Lain la macam yang Umno biasa buat, kilang cina pun boleh bubuh berpuluh pengundi hantu. Kalau PR pun buat macam tu, memang bangang la, kalau 'si anjing Umno' yang kat SPR dapat detect, sia-sia ja kerjabuat tu.

Aku sendiri pun memang dah pernah cuba nak buat operasi pindahkan pengundi ni. Malangnya sampai setakat hari ni sorang pun aku tak berjaya pindahkan lagi. Nak sembang memang senang, cuba try buat tengok, tau la susah ka senang.

Nak suruh orang yang memang dah duduk kat sini tukar tempat mengundi pun dah payah, macam-macam alasan depa bagi. Nak kena pi beratur panjang di Pejabat Pendaftaran lah untuk tukar alamat dalam kad pengenalan, lepas tu nak kena pi beratur di pejabat pos pulak untuk tukar kawasan mengundi, memang leceh.

Tambah-tambah pulak  untuk yang kerja kilang yang pantang ada peluang memanjang buat OT, takkan nak suruh depa ambik cuti pulak. Dah la harga minyak makin mahal, harga barang pun makin naik.

Jadinya, pada aku apa yang Zahid Hamidi kata tu tak lebih dari sekadar imaginasi dia saja. Benda yang menang Umno BN dah lama buat, dia ingat Pakatan Rakyat pun mampu buat jugak macam depa buat.

Kecuali la kalau ada peruntukan berjuta-juta untuk tu, memang boleh buat, aku pun sanggup buat. Tambah-tambah dalam keadaan harga barang yang semakin mahal ni...

Ada yang nak sub kan kat aku?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...