Apa cerita 'anak tiri' PAS di Sarawak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 29, 2011

Apa cerita 'anak tiri' PAS di Sarawak?


Macam banner kat atas ni, satu majlis makan malam akan diadakan untuk dana Pusat Khidmat Sebuyau. Ya, Sebuyau di Sarawak, salah satu Dun yang PAS bertanding PRN Sarawak baru-baru ni yang PAS kalah di semua 5 kerusi yang PAS bertanding.

Bagi yang mungkin dah lupa, masa panas berkempen tu, Presiden PAS, TG Hj Hadi ada buat janji, mana-mana Dun yang PAS menang akan jadi Dun angkat PAS Pusat.

Aku ada ulas janji tu dengan pertanyaan "Dun menang jadi anak angkat, Dun kalah jadi anak tiri?"
Aku banyak kali kempen dalam blog aku ni, bukan setakat yang menang jadi Dun angkat, tapi kalau boleh kesemua Dun yang PAS bertanding tu jadi Dun angkat. Mungkin boleh jadi Dun angkat untuk negeri-negeri yang PAS kuat dan pegang kerajaan negeri.

Aku siap cadangkan Dun yang kalah tu diujudkan Pejabat Pusat Khidmat dengan calon yang kalah tu dilantik sebagai Penyelia Dun dan Pusat Khidmat tu diuruskan dengan bantuan negeri angkat terutama sekali dari segi dana.

Malangnya, mungkin kut takdak sapa yang baca blog "nyamuk" aku ni. Takdak sorang pimpinan pun respond. Bila ditakdirkan takdak satu kerusi pun calon PAS menang, cerita pasai Dun angkat ni hilang macam tu ja.

Apa pun, nampaknya PAS Sarawak tak berdiam diri, aku tak pasti takat mana bantuan yang depa dapat dari PAS Semenanjung tapi nampak macam depa berusaha sendiri untuk ujudkan jugak Pusat Khidmat.

Program makan malam macam tu memang memang sesuai sangat untuk cari dana dan moga-moga dapat sambutan dan Pusat Khidmat Dun Sebuyau tu boleh berjalan seperti yang depa rancangkan.

Cumanya, alangkah cantiknya kalau PAS Sarawak buat jamuan makan malam macam tu di Kuala Lumpur sempena muktamar kali ke 57 ni. Buat pulak untuk cari dana untuk PRU yang dah tak lama lagi. Aku yakin tentu dapat sambutan hebat punya.

Lagi pun, kalau nak harap bantuan PAS dari Semenanjung untuk PRU13 ni berapa sangat la boleh dapat. Kalau nak banding dengan masa PRN baru-baru ni aku yakin tentu banyak berkurang pasai semua nak kena tumpu di kawasan masing-masing.

Standard anak tiri la, kalau ada lebih peruntukan untuk anak sendiri ada la peluang kut nak dapat nak anak tiri, tu pun kalau teringat...

Untuk maklumat lanjut berkenaan jamuan makan malam tu boleh ke Web PAS Sarawak.

Nota kaki makan cekam:  Jangan pulak ada yang anggap ni entry melobi untuk Ust Nasha pulak!! Aku tetap sokong Mat Sabu untuk Timbalan Presiden. Kalau Mat Sabu memang insyaallah, boleh jemput Mat Sabu pulak untuk majlis makan malan untuk dana Pusat Khidmat lain pulak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...