Mufti Perak yang merepek atau Utusan yang bangang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 29, 2011

Mufti Perak yang merepek atau Utusan yang bangang?

Utusan melaporkan:   
IPOH 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.
  
Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
  
"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?

"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram. - Utusan.

Aku tak berapa peduli sangat dah kalau mufti Perak ni bagi komen negatif pasai PAS, pemimpin PAS atau orang PAS. Kali ni Ust Harussani ni bidas pulak bekas Ketua Pemuda PAS pasai katanya Ust Taliban ni gelar dia 'Haramsani' isu gaji dari sumber haram. Betul atau tak aku takmau komen, biar orang-orang yang lebih berautoriti yang komen.

Cumanya, masa aku baca paper Utusan kat kedai kopi tadi, aku sampai ulang 2 kali, tak berapa nak percaya dengan apa yang aku baca:
"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," - Ibid
Takkan kut, tak pernah pulak aku jumpa selama ni macam tu. Takkan kut zaman Rasullullah bayar gaji guna duit dari cukai arak dan judi.

Takkan kut mufti Perak merepek sampai macam tu, dah jatuh kategori menghina Rasulullah tu. Ataupun mungkin jugak wartawan Utusan tu yang BANGANG, suka-suka tulis apa yang dia nak tulis. Kalau Ust Haarussani tak kata macam tu dia patut saman Utusan, pasai statement tu aku rasa bukan main-main punya statement.

Ataupun mungkin juga dua-dua tak boleh pakai...

Sumber imej: Greenbox

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...