Umno ni memang jenis tak faham bahasa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 08, 2011

Umno ni memang jenis tak faham bahasa

mStar pada 7 Mei melaporkan:
GURUN: Umno Kedah akan menghantar surat rayuan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk meminta kerajaan negeri meneruskan pemberian rebat cukai tanah kepada Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kedah Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata tindakan itu adalah untuk membantu UUM mendapatkan kembali rebat cukai tanah yang diberikan kerajaan negeri sebelum ini, sekaligus mengekalkan caj yang dikenakan terhadap UUM sebelum ini.

"Kami akan menghantar surat rayuan kepada Datuk Seri Azizan sama ada esok atau Isnin supaya meluluskan permohonan rebat cukai tanah daripada UUM bagi meringankan beban UUM daripada membayar pada kadar yang tinggi sebanyak RM1.7 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Sri Zaleha, NAZA, di sini Sa - mStar.
Sayang sangat Umno Kedah kat UUM ni rupanya. Memang patut sangat la macam tu pasai  UUM tu dah jadi macam port untuk ahli akademik yang cukup kuat berpegang kepada mazhab Umno BN.

Memang patut sangat la puak-puak Umno Kedah bela UUM ni, kalau Umno pun tak bela, takut nanti puak-puak tu lawan tokey balik. Bukan boleh harap sangat dengan puak-puak mazhab Umno ni, kalau tak cukup makan lebih kurang macam anjing jugak la, takut depa tokak tuan pulak.

Tapi yang aku herannya, takkan Umno Kedah bangang sangat tak faham-faham jugak. MB Kedah, Ust Azizan dah jawab, Pejabat Tanah dan Galian Negeri pun dah jawab. Bukan niat nak susahkan UUM tapi memang sepatutnya macam tu. Kalau nak kira patut dibagi rebat, belambak dok ada rakyat Kedah yang susah yang lebih patut dapat rebat.

Warta Kedah pada 5 Mei melaporkan:
Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu untuk menjelaskan cukai.

Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah ‘ala UUM’ untuk meminta rebat cukai.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan ‘precedent case’ atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat? - WartaKedah.
Bila tak bagi rebat kerajaan negeri Kedah ada lebihan sehingga RM8juta. Banyak benda yang boleh dibuat dengan duit banyak tu.

Lain la bagi Umno macam Bashah kata sebelum ni bila dia ulas pasai isu penyelewengan duit GLC Syarikat Seri Temin. Takat RM8juta tu kecik ja bagi Umno. Kalau dah nilai RM8juta tu kecik, Umno Kedah ja la yang tolong bayarkan untuk UUM..

Masalahnya sekarang ni, berapa peratus pengundi PRU13 yang dapat maklumat sebenarnya pasai isu ni? Apa persepsi depa dalam isu ni?

Pasainya dalam pilihanraya, benar atau pembohong tak berapa nak penting, yang lebih penting siapa yang dilihat sebagai benar (walaupun sebenarnya dia pembohong).

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...