Pesanan Muhyiddin kepada jentera Pakatan Rakyat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 08, 2011

Pesanan Muhyiddin kepada jentera Pakatan Rakyat?

Bernama melaporkan: 
BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin hari ini menyatakan empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh para
pemimpin dan jentera Umno mulai sekarang bagi memastikan Barisan Nasional (BN)
memperoleh kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata perkara pertama adalah berhubung pendaftaran pemilih yang antaranya merangkumi daftar pemilih baru serta mengenali anggota Umno yang belum mendaftar supaya berbuat demikian.

"Selain itu, Umno perlu mengukuhkan setiap peringkat dalam parti serta
dengan parti komponen BN untuk bergerak sebagai satu pasukan kerja yang lebih
mantap.

Ketiga pula, melakukan turun padang untuk membantu membela nasib rakyat
dan mendengar rintihan rakyat, melakukan 'sentuhan hati' agar masalah rakyat
tidak berterusan hingga parti berdepan pilihan raya umum," katanya ketika
berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh di sini, hari ini.

Katanya yang keempat, Umno perlu berusaha lebih gigih untuk memastikan
perhubungan baik dapat dijalinkan antara parti dengan badan-badan yang lain
dalam masyarakat seperti badan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan ekonomi
merangkumi nelayan, peniaga serta pertubuhan amal dan agama.

Beliau berkata perhubungan baik itu merupakan satu jaringan strategik yang
perlu diberi perhatian kerana NGO, persatuan dan pertubuhan seperti itu
mempunyai anggota yang ramai dan mereka menjadi pendokong dalam perjuangan
sosial dan ekonomi masyarakat di seluruh negara. - Bernama. 

Persoalannya, apa pulak yang jentera Pakatan Rakyat nak buat?

PKR akan sibuk dengan "skandal" Ketua Umum sambil sekali sekala dikejutkan dengan isu-isu sampingan macam yang terbaru, khabar angin Cikgu Bad nak keluar PKR nak masuk DAP.

DAP mungkin sibuk dengan isu terbaru "Kristian sebagai agama rasmi" dan dalam masa yang sama terus-terusan sentiasa dipalit sebagai chauvanist yang mengancam orang melayu.

PAS pulak sibuk balik dengan isu perpaduan yang muncul balik bila musim pemilihan tiba.

Apa cerita dengan semakan dan bantahan Rang Daftar Pemilih suku pertama? Laa... tarikh tutup hari Rabu lepas..

Apa cerita dengan tag mainan BN "PAS kuda tunggangan DAP", "PKR perkuda DAP" dan "DAP setuju dengan konsep negara Islam PAS."

Apa cerita persepsi pengundi atas pagar kepada PAS, PKR dan/atau DAP dan pemimpim-pemimpin utama Pakatan Rakyat?

Pengundi sasaran dah faham ka apa yang ada dalam Buku Jingga?

Ataupun, mungkinkah PRU13 akan sekadar jadi ulangan PRU11?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...