Perbalahan Pakatan Rakyat di Sarawak semakin parah apabila DAP hari ini melabelkan PKR sebagai “lapar kuasa” kerana menolak kabinet bayangan yang ditubuhkan pada 1 Mei lalu pada mesyuarat majlis gabungan itu.Sebelum PRN Sarawak dulu aku boleh faham jugak la kalau PKR tamak macam tu pun. Sebabnya mungkin depa rasa depa cukup kuat di Sarawak. Mungkin depa rasa sebahagian besar rakyat Sarawak akan memenangkan calon PRK.
"Biro politik (kebangsaan) PKR (pada 4 Mei lalu) menimbulkan bantahan terhadap senarai kabinet bayangan atas dasar portfolio yang serahkan kepada mereka adalah kurang penting.
"Tidak ada asas bagi bantahan itu,” kata pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng (kiri).
"Oleh kerana ia hanya kabinet bayangan, maka tidak ada portfolio yang kanan ataupun kurang penting atau lebih penting.
"Ini hanya membuktikan bahawa seseorang dalam biro politik PKR adalah lapar kuasa tanpa (memahami) maksud atau fungsi sebenar kabinet bayangan...,” kata Wong dalam satu kenyataan hari ini. - Mkini.
Tak heran jugak depa tamak sanggup bertanding banyak kerusi melebihi kemampuan pasai tak mau kongsi dengan SNAP, takut nanti SNAP kacau peluang PKR nak dapat kerusi Ketua Menteri.
Ok, la tu cerita sebelum PRM Sarawak.
Realitinya, keputusan PRN Sarawak sangat-sangat jelas. PKR kalah teruk di Sarawak. Dan depa sendiri pun dah mengaku yang PKR tak kuat mana di Sarawak dan tak sepatutnya bertanding kerusi sebanyak tu. Bertanding banyak semata-mata takmau bagi BN menang percuma.
Yang aku mushkilnya dah mengaku tak kuat macam tu pun masih nak berlagak lagi. Memang jenis tak sedar diri la tu. Kalau betul pun tindakan DAP berbagi portfolio tu tak berapa nak kena, tak perlu la melalak kuat-kuat.
Apa salahnya bawak berbincang pulak di peringkat Majlis Presiden kalau ada benda yang tak puas hati.
Ini dak, masih jugak nak tunjuk belang. Pada hal semua orang nampak jelas, terutama sekali di Sarawak tu, memang PKR tak kuat.
Dari pada ada sikit-sikit belen orang respek, langsung orang akan jadi meluat.
Patut pun PKR tak setuju sangat dengan cadangan DAP nak bincang SNAP baru ni. Kalau orang SNAP joint DAP lagi jauh la beza kekuatan DAP dengan PKR di Sarawak. Lagi tak boleh nak demand laa PKR.
Apa pun, PAS Sarawak memang patut di puji dalam hal ni. Rileks ja. Nak mintak kerusi Parlimen tambahan untuk calon PAS bertanding pun depa buat ikut prosedur, maksud aku jalan yang cukup cantik. Mula-mula depa luluskan dulu sebagai usul di mesyuarat agung PAS kawasan Miri. Lepas ni aku rasa depa akan bawak pulak ke peringkat Konvensyen Negeri dan jugak Muktamar Agong PAS Pusat.
Lepas tu baru la sedap sikit bila di bawak ke Majlis Presiden ataupun ke mesyuarat pembahagian kerusi. Ada dengar DAP Miri bising dengan strategi PAS Sarawak tu?
Kalau sebelum ni PAS cuma bertanding di kerusi Batang Lupar, kalau dapat kerusi Miri baru jadi 2. Ada belambak lagi kerusi di Sarawak tu.
Aku rasa kemungkinan jugak PRU13 nanti ada lagi kerusi yang sama taraf macam Dun Muara Tuang dan Tanjung Datu depa suruh PAS bertanding.
Sumber gambar hiasan: TMI
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis