Shahrizat nak belasah "anjing Umno" ? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 20, 2011

Shahrizat nak belasah "anjing Umno" ?

Bernama melaporkan:  
MELAKA, 17 Mei (Bernama) - Pergerakan Wanita Umno mendedahkan terdapat gerakan oleh pihak tertentu memindahkan pengundi dari satu kawasan Parlimen ke Parlimen lain tanpa pengetahuan pengundi terbabit.
 
Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu berlaku di banyak kawasan Parlimen terutama Parlimen yang mempunyai ramai pengundi Melayu.
 
"Tak payah saya maklumkan nama Parlimen yang terbabit, ini adalah maklum balas yang Wanita Umno Melaka beri kepada saya dan juga beberapa tempat yang lain, ada pemindahan pengundi tanpa pengetahuan pengundi itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno bahagian Kota Melaka di sini.

Shahrizat berkata beliau telah mengarahkan semua Wanita Umno bahagian di seluruh negara menyiasat dan mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab itu. - Bernama.  
Sapa sebenarnya yang Shahrizat maksudkan sebagai "pihak yang tidak bertanggungjawab" tu.

Sebelum kita kaji sapa kemungkinan puak yang tak bertanggungjawab tu elok aku terangkan macamana prosedur untuk buat pendaftaran pindah kawasan mengundi.

Prosedur biasa, seseorang yang nak tukar kawasan mengundi perlu isi borang A yang dikeluarkan SPR. Borang tu boleh diisi di pejabat Pos berkomputer, melalui Penolong Pendaftar di Pejabat Daerah ataupun di SPR Negeri. Setahu aku cuma tempat-tempat tu saja yang boleh proses borang pindah kawasan mengundi.

Penolong Pendaftar Sementara yang SPR lantik dari wakil parti politik, dan NGO tak dibagi kuasa untuk pendaftaran pindah kawasan mengundi, cuma ada kuasa untuk daftar pengundi baru saja.

Lagi satu perkara penting, untuk tukar kawasan mengundi, alamat di dalam kad pengenalan pengundi tu mesti dah ditukar, maksudnya jika seorang pengundi nak bertukar dari kawasan mengundi parlimen A ke kawasan perlimen B, alamat di dalam kad pengenalan dia perlu ditukar dulu dengan alamat di dalam kawasan perlimen B.

Untuk tukar alamat dalam kad pengenalan pulak nak kena buat permohonan sendiri di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan perlu sertakan bukti yang dia dah berpindah ke alamat tu.

Semasa SPR proses borang A tu untuk dimasukkan dalam rang daftar pemilih, SPR akan membandingkan alamat dalam borang A tu dengan alamat penama tu yang ada di database JPN melalui sistem ALIS, kalau alamat tak sama, borang tu akan ditolak.

Kalau macam tu punya ketat punya prosedur, aku tak nampak yang Pakatan Rakyat mampu buat kerja tukar kawasan mengundi tanpa pengetahuan pengundi.

Masalah yang pertama, untuk isi borang pertukaran kawasan mengundi, pengundi kena tandatangan sendiri borang tu di depan pegawai/petugas berkenaan dan borang cuma ada pada pegawai SPR, pejabat pos berkomputer dan Pejabat Daerah saja. Takkan pegawai/petugas yang berkenaan berani nak buat tanpa pengetahuan pengundi tu (pengundi perlu tandatangan borang A).

Pasainya setiap transaksi akan disimpan rekod tarikh dan ID pegawai yang buat pendaftaran tu dalam database daftar pemilih SPR. Maknanya kalau ada apa-apa kes, memang SPR dengan senang boleh tau sapa punya kerja, dan kalau nak diambil tindakan memang langsung takdak masalah pasai semua pegawai/petugas memang kena buat angkat sumpah sebelum dilantik sebagai pendaftar.

Masalah yang kedua, untuk tukar alamat di dalam kad pengenalan, perlu dibuat sendiri oleh penama berkenaan. Takkan kut pegawai JPN berani nak bersekongkol dengan pembangkang buat kerja yang salah dari segi undang-undang, nak mampos? Kalau kantoi tentu punya kena duduk lokap.

Jadinya memang tak logik kalau pembangkang mampu buat kerja yang salah disisi undang-undang macam tu.

Yang boleh buat kerja-kerja jahat macam tu cuma puak-puak yang aku suka gelar sebagai "anjung Umno" ja. Memang tak susah mana pasai di dalam JPN dan SPR memang belambak ada puak-puak yang bermazhab Umno BN dan yang sanggup beraksi sebagai "si anjing Umno." Tambah-tambah lagi la kalau dapat habuan, tentu punya ada yang sanggup.

Puak-puak ni nak takut apa buat kerja yang salah dari segi undang-undang pun, pasainya sebagai "si anjing Umno" tentu tuan kepada "anjing" tu akan jaga keselamatan depa.

Pasai tu la ada kes di Sabah berpuluh ribu wagranegara asing yang dapat kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi. Yang kena ISA tu bukan pasai tuan "anjing" takmau jaga "anjing" depa tapi tuan "anjing' tu yang tersepit dulu. Jadinya terpaksa la dikorbankan "anjing' tu dan ditahan dibawah ISA untuk tutup cerita sebenar penyelewengan dan salah laku depa. (rujuk blog mutalibmd)

Jadinya, kalau betul ada pihak yang tak bertanggungjawab buat kerja macam yang Shahrizat kata tu, aku yakin semua tu kerjabuat "si anjing Umno".

Aku harap hasil siasatan Wanita Umno Bahagian tu didedahkan kepada Umum supaya kita tau sapa yang beraksi sebagai "si anjing Umno" tu dan lagi canti kalau dapat didedahkan sapa tuan kepada "anjing" tu.

Kalau berani laaa...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...