Kekalnya Hadi, dekatkah PAS dengan Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 21, 2011

Kekalnya Hadi, dekatkah PAS dengan Umno?

Malaysiakini melaporkan:
Kekalnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS tanpa bertanding bagi tempoh 2011-2013 mencetuskan beberapa tafsiran menarik antaranya berkaitan isu perpaduan dengan Umno.

Hakikat bahawa ahli parlimen Marang itu menang tanpa dicabar untuk menerajui PAS bagi tempoh tiga tahun akan datang menunjukkan kepimpinan beliau mendapat sokongan padu anggota akar umbi parti itu.

Namun, menarik juga untuk ditafsirkan bahawa sokongan padu kepada beliau, selain kerana gaya kepimpinan ulamanya, boleh jadi juga kerana anggota parti akar umbi ini turut mendokong pandangan Abdul Hadi yang ada pihak melihat sebagai cenderung kepada perpaduan dengan Umno.

Bolehkah dianggap bahawa mesej perpaduan ini sudah semakin dekat di hati anggota akar umbi PAS sebagaimana dekatnya mesej serupa di hati anggota dan pemimpin Umno, berlatar belakangkan masa depan Melayu dan umat Islam serta kepentingan utama negara?

Kecenderungan Abdul Hadi kepada perpaduan yang disebutkannya pada Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Jun 2009 tentunya masih segar dalam ingatan penyokongnya ketika mengambil keputusan menentukan beliau menang tanpa bertanding.

Apapun bentuk perpaduan yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi, sama ada berupa kerajaan perpaduan atau perpaduan dalam erti kata memperbaiki pinggan yang retak supaya tidak sumbing apatah lagi terbelah, bukanlah persoalannya kerana banyak anggota PAS dan anggota serta pemimpin Umno juga melihatnya secara positif. - Mkini.
Untuk jawap isu ni aku salin tampal apa yang Sofi Wahab tulis:
Media pembohong dan pemfitnah terus menerus mencari jalan untuk memecahbelahkan PAS menjelang pemilihan awal Jun ini.

Rentak dan lagu lama dimainkan antaranya melabelkan PAS kepada Kumpulan Ulama dan Professional serta kumpulan Erdogan. Tidak habis-habis puak-puak jahat dan kaki fitnah ini cuba memasukkan jarum ke badan PAS. Kita ingiun menegaskan sekali lagi bahawa tidak ujud puak-puak dan kumpulan dalam PAS. Kalau adapun ianya hanyalah label yang dicipta oleh media dan musuh PAS sendiri.

Sehari dua ini beberapa artikel ditulis kononnya kemenangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai Presiden PAS tanpa bertanding menunjukkan bahawa ahli PAS mahu perpaduan PAS-Umno menjadi kenyataan. Mereka mengaitkan Presiden PAS itu dengan agenda perpaduan PAS-Umno. Sedangkan Tuan Guru tekah bertegas bahawa tidak ada sebarang perancangan dan niat untuk membawa PAS bergabung dengan Umno. Antara 'term' yang digunakan ialah Unity Government (UG).

Media pencacai Umno ini sebenarnya sengaja mahu menimbulkan suasana tidak sihat dalam PAS iaitu budaya berpuak-puak, label melabel dan sebagainya.

Kita mengharapkan kepimpinan dan ahli PAS tidak terikut-ikut dengan rentak tarian media dan musuh-musuh PAS ini. - Mutaligat
Pada aku, isu ni dah cukup jelas. "TUTUP BUKU" Selagi aku tak nampak "buku" ni ada yang buka balik, maksud aku di pihak pimpinan, aku anggap isu ni dah selesai.


Nota kaki makan cekam: Heran betui aku, ada yang susah hati tengok gambat TG Hj Hadi salam dengan Najib pasai apa?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...