Ibrahim Ali buat lawak boleh la... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 15, 2011

Ibrahim Ali buat lawak boleh la...


Malaysiakini melaporkan:
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi, Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam”.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim. - Mkini.  
Dari satu segi aku respek dengan Ibrahim Ali ni, respek pasai dia ni tanpa rasa malu dan segan, berani bercakap pasai perang sabil walaupun semua orang tau sapa Ibrahim Ali sebenarnya sampai di gelar Raja Katak.

Yang aku respek lagi pasai tak pernah dengar ada pemimpin Umno sebelum ni yang berani nak cakap pasai Perang Sabil, bukan kata nak cakap pasai Perang Sabil, nak cakap perkataan jihad pun takut-takut.

Kalau cakap perkataan jihad tentu ada sambungan, contohnya jihad ekonomi, jihad nak tuntut ilmu dan sebagainya, tapi nak cakap jihad dalam ertikata perang bersenjata memang takdak yang berani. Takut nanti Amerika label sebagai negara pengganas, susah pulak.

Ibrahim Ali ni cakap bab Perang Sabil sebenarnya bukan nak pertahankan Islam yang syumul tapi lebih kepada nak pertahankan ketuanan melayu, atas hujjah lawan melayu maksudnya lawan Islam. Buat lawak pa ka?

Nak perang sabil apa namanya kalau setakat nak pertahankan Islam mengikut takrifan Perlembagaan Malaysia. Islam yang dikawal oleh perlembagaan, bukan Islam yang mengawal perlembagaan.

Nak pertahankan Islam Perlembagaan yang tak iktiraf hukum hudud tapi mempertahankan undang-undang ciptaan manusia, Islam Perlembagaan yang tak berapa nak iktiraf ekonomi Islam tapi mendokong ekonomi riba kapitalis. Islam Perlembagaan yang tak lebih sekadar Islam feqah.

Yang lagi lawaknya, sibuk Ibrahim Ali bercakap nak lancarkan Perang Sabil tapi di depan 150 orang. Bukan aku nak pertikai angka 150 tu tapi takat tu ja kut yang dia boleh himpua. Tu belum tengok detail tiap orang dalam 150 orang tu. Kadar la diri tu sikit. Buat malu Islam ja.

Yang lagi-lagi lawaknya bila yang nak istiharkan tu adalah Ibrahim Ali. Ibrahim Ali yang semua orang tau realiti dia macamana. Kalau orang macam Ustaz Fathul Bari, tokoh ulama' muda Umno yang istiharkan Perang Sabil tu kira boleh berkira la jugak.

Tapi masalahnya kalau Ust Fathul Bari yang lancarkan Perang Sabil, agak-agak berapa orang yang sanggup nak ikut dia? Aku takut bukan setakat orang Umno tak berani nak ikut, tapi geng dia yang katanya ada 40 orang tu pun belum tentu sanggup nak ikut, silap-silap dengan dia sendiri pun tak berani nak ikut.

Macam yang Tukar Tiup selalu tulis, tak payah la nak menipu melayu macam tu, buang masa ja. Kalau takat budak-budak Perkasa yang taktau apa-apa tu boleh la nak tipu.

Berkaitan:
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...