Aku tak terkejut, cuma kesal dengan kenyataan Anwar tu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 15, 2011

Aku tak terkejut, cuma kesal dengan kenyataan Anwar tu

Malaysiakini melaporkan:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Umno hampir 30 tahun lepas.

"Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno. Pengalaman itu juga mematangkan saya," katanya ketika berucap dalam Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM).

Beliau memberikan penjelasan itu setelah disebut dalam ucapan dua bekas presiden terawal NGO itu yang menyifatkan pemergian Anwar itu sebagai zaman sukar pada mereka. - Mkini.
Aku sebenarya nak sangat timbul rasa terkejut dengan kenyataan Anwar tu tapi aku tak rasa terkejut langsung, aku cuma rasa terkilan.

Pada aku Anwar tak sepatutnya buat kenyataan macam tu. Maksud aku, Anwar macam langsung tak kisah dengan apa yang orang PAS akan fikir dan rasa bila dia buat kenyataan macam tu.

Maksud aku, orang-orang PAS veteran yang menentang Umno sejak dari mula, yang pernah ada pengalaman masa PAS bersama dengan Umno masa BN dan kemudiannya rasa pengalaman semasa PAS "ditendang" keluar dari BN. Orang PAS yang rasa keperitan bila PAS cuma tinggal sorang saja wakil dalam Parlimen dan di Kelantan pulak cuma tinggal 2 kerusi, "batu nesan" kata orang Umno.

Dan perasaan tu bukan saja dirasai oleh orang-orang lama PAS macam yang aku kata tadi, tapi turut dirasai jugak oleh orang-orang PAS macam aku yang tak merasai sendiri kepedihan tu tapi melalui pembacaan dan jugak cerita dari pengalaman orang-orang lama yang merasai sendiri kepedihan tu.

Kuat tak kuat kepedihan tu, macam aku sendiri contohnya masa Anwar ditendang dari Umno tahuun 1998 dulu aku ada di Kuala Lumpur. Ramai kawan-kawan aku termasuk kawan serumah sewa yang bersemangat nak bela Anwar Ibrahim sampai sanggup "berkampung" di rumah Anwar, tapi aku langsung tak rasa terpanggil untuk turut sama.

Depa heran, macamana depa yang selama ni tak pernah nak ambik tau pasai politik pun boleh naik semangat tapi aku yang depa anggap kuat pembangkang pasai ada sijil ahli PAS (walaupun sebenarnya langsung tak aktif masa tu) macam langsung tak peduli.

Ada jugak aku ikut depa pi demonstrasi kat Kampung Baru membawa ke Jalan Tuanku Abdul Rahman tapi bila depa ajak pi rumah Anwar aku tak pernah nak ikut.

Aku ikut pi demonstrasi pun pasai rasa seronok main aci ligan dengan FRU. Bukan senang nak rasa pengalaman macam tu. Lagi satu aku rasa seronok bila semakin ramai kawan-kawan aku yang mula ambik tau pasai politik. Rasa kesian kat Anwar masa tu langsung tak timbul.

Last sekali bila depa sungguh-sungguh tanya aku pasai apa aku tak mau ikut depa pi rumah Anwar, aku jawab "Biar dia rasa, dia kena macam tu aku anggap sebagai kifarat kepada apa yang dia buat dulu. Dia kecewakan harapan orang yang nakkan Islam didaulatkan bila dia masuk Umno."

Malah aku pun masa tu marah dengan tindakan Allahyarham Ust Fadzil Nor yang pi rumah Anwar lepas Anwar kena tendang dari Umno tu, aku tak boleh terima.

Aku cuma boleh terima tindakan Allahyarham Ust Fadzil tu bila sembang dengan sorang member PAS masa jaga parking satu ceramah Ust Fadhil sendiri kalau tak silap aku di Taman Permata (kali pertama aku mula terlibat dengan aktiviti PAS di KL). Dia suruh aku fikir dari segi political mileage hasil dari "ijtihad" Ust Fadhil tu.

Sampai macam tu sekali kesan kat aku "kepedihan" akibat Anwar masuk Umno yang aku rasa walaupun aku cuma rasa melalui pembacaan dan cerita pengalaman orang lama..

Yang buat aku rasa tak terkejut dengan kenyataan Anwar yang kata dia tak menyesal masuk Uamno tu pasai  aku tak pernah dengar dia ada mintak maaf kepada PAS pasai sanggup menentang PAS yang berusaha nak tegakkan kedaulatan Islam dan masuk Umno yang memperjuangkan assobiah. Dan dari pemerhatian aku  selama ni pun memang tak nampak tanda-tanda yang dia menyesal Umno. Malah dia berbangga pasai berusaha nak "cuci taik dari dalam tong taik" Umno dan dalam masa yang sama memusuhi PAS.

Jadinya, memang aku tak terkejut dengan kenyataan dia tu cumanya aku sikit terkilan.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...