IPOH: Kontrak perkhidmatan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Sebelum ni aku ada buat entry yang mencabar Ust merangkap mufti ni supaya letak jawatan dan bertanding atas tiket Umno BN dan aku cadangkan dia bertanding di Parit Buntar.
Harussani yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985 berkata, kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuat kuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.
"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan... saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, Isnin.
Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak.
Semasa berucap pada majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berlangsung di sini pada sebelah pagi, Harussani dengan nada sebak berkata beliau kemungkinan tidak akan mempengerusikan muzakarah itu pada masa akan datang disebabkan faktor usia dan kesihatan. - mStar.
Aku cabar main-main ja dan memang yakin Ust Harussani ni tak akan sambut. Memang dia tak layan langsung pun tapi yang menariknya ada juga juak-juak Umno di Parit Buntar yang nampak macam teruja dengan kemungkinan tu.
Dengar ceritanya, depa-depa tu akhirnya tolak cadangan Ust Harussani sebagai calon tapi tak tolak "tokoh agama" sebagai calon. Dengar ceritanya ada yang mula merisik sorang tokoh agama dalam Umno untuk bertanding di Parit Buntar. Depa harap sangat dengan letakkan sorang tokoh agama sebagai calon, sejarah pilihanraya 2004 boleh berulang.
Entah betul ka dak berita yang sampai ke telinga aku ni aku taktau. Sumber yang bagitau pun tak berapa nak "kemas" tapi kemungkinan tu memang ada. Kalau tokoh agama yang dia bagitau tu jadi calon memang perit la PAS nak pertahankan kerusi.
Apa pun, dengan penyambungan kontrak Mufti ni nampak gayanya tak berpeluang la orang Parit Buntar nak dapat sorang 'bekas mufti' sebagai calon pilihanraya. Takkan kut dia sanggup letak jawatan untuk bertanding padahal baru ja disambung kontrak.
Gila apa sibuk-sibuk perabih duit masuk bertanding yang belum tentu menang kalah. Kalau menang pun tak untung tara mana tapi kalau kalah memang malu besar. Lagi pun jawatan dia sekarang ni hampir sama taraf dengan jawatan Exco negeri. Segala apa kemudahan yang Exco dapat dia pun dapat sama. Nak apa lagi.
Cumanya yang aku sikit mushkil bab mufti ni, takkan la negeri perak yang sebegini besar takdak orang lain yang boleh jadi mufti. Lagi 3 tahun bermakna sampai 2014 dan umur Ust Harussani dah jadi 75 tahun.Larat lagi ka orang tua tu?
Ataupun mungkin jugak kut Istana Perak tak berani anbik risiko lantik orang lain jadi Mufti. Mana tau silap-silap lantik terlantik pulak orang PAS, payah cerita nanti...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis