Mat Sabu naik mahkamah lagi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 18, 2011

Mat Sabu naik mahkamah lagi

Harakahdaily melaporkan: 
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Tiga pemimpin PAS bersama 42 yang lain sedang dibicarakan hari ini dan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam kes himpunan Protes kenaikan harga minyak.

Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mohamad Hatta Ramli serta 42 yang lain dituduh menyertai himpunan membantah kenaikan harga barang pada bulan Januari 2008 di perkarangan KLCC.

Ketiga-tiga mereka dibela oleh peguambela Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan yang sudah berjalan selama tiga tahun, namun sehingga kini ia masih di peringkat pendakwaan.

Seramai 36 saksi pendakwa telah memberi keterangan di mahkamah.

Selain ketiga-tiga mereka, turut didakwa adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Presiden PSM Dr Nasir Hashim, Setiausaha Agung PSM Arutchelvam, Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Dr Badrulamin Baharon dari PKR. - Hrkh.
Entah berapa puluh kes Mat Sabu kena tahan dan turun naik mahkamah aku pun taktau tapi aku rasa setakat ni dia yang paling banyak kes kena tahan kot termasuk pernah kena tahan kat kemunting di bawah ISA.

Aku ingatkan bila dah habih kes di mahkamah Jawi dah kes demo Bersih tu dah habih kes dia kena turun naik mahkamah, rupa-rupanya ada lagi. Kes esok pasai demo Protes pulak.

Memang sesuai la Mat Sabu dilantik sebagai Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi (Penggerak Demokrasi) selepas dia tak menang pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 2 tahun lepas.

Untuk kes esok Mat Sabu akan didakwa bersama Dr. Dzul, Dr. Hatta dan Aiman Atirah, antara pemimpin PAS yang layak bertanding untuk pemilihan PAS awal Jun nanti.

Jadinya kepada yang takdak apa-apa tugas yang lebih penting esok boleh la turun beramai-ramai bagi sokongan moral kepada depa-depa tu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Lagi ramai lagi bagus, biar Umno BN sedar kepedulian kita dengan demonstrasi menentang ketidakadilan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...