KUALA LUMPUR, 5 Mei: Pakatan Rakyat Perak perlu menyusun strategi lebih berkesan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, apabila kajian yang dijalankan jelas menunjukkan sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat awal tahun lalu, kini sudah tidak lagi relevan.Dari ulasan Dr. Abu Hassan tu aku yakin hasil kajian tu sebenarnya menunjukkan yang Pakatan Rakyat akan hadapi jalan sukar untuk kembali berkuasa di Perak atau dalam bahasa mudahnya, Umno BN akan terus berkuasa di Perak.
Sebuah badan pengkaji, Zentrum Future Studies dalam kajian terbarunya mengenai perkembangan politik di Perak mendapati Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin terus kekal sebagai tokoh pemimpin yang disegani dan diperlukan oleh seluruh rakyat Perak, tetapi beliau perlu dibantu dan diimbangi dengan tokoh muda lain yang setara dengannya.
Pemimpin Zentrum, Dr Abu Hassan Hasbullah ketika mendedahkan perkara itu berkata, untuk menghadapi PRU Ke-13, Pakatan Rakyat Perak ternyata sudah tidak lagi boleh bergantung kepada isu sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN itu kerana isu tersebut sudah tidak sekuat tahun 2008 atau 2009. - Hrkh.
Aku sebenarnya sedikit meragui hasil kajian Zentrum ni. Bukan nak kondem tapi semenjak dua menjak ni hasil kajian Zentrum ni terutama sekali untuk PRK semua lari jauh. Dan yang terbaru PRN Sarawak pun tak tepat jugak. Bukan setakat tak tepat tapi lari jauh.
Walaupun macam tu tapi hasil kajian Zentrum kali ni aku rasa mungkin tepat. DAP aku yakin akan dapat pertahankan kesemua 18 kerusi yang depa menang masa PRU12 dulu. Kalau nak kurang pun mungkin satu dua kerusi saja.
PAS dan PKR pulak kalau tengok realiti yang ada la ni, akan hadapi tentangan yang hebat. Maksud aku, nak menang memang payah. Dari bab daftar pengundi baru contohnya, Umno memang nampak sungguh-sungguh buat kerja dan depa sangat berjaya. Depa bukan saja buat kerja untuk pertahankan kerusi yang depa menang masa PRU12 tapi jugak untuk rampas kerusi-kerusi majoriti melayu yang PAS dan PKR menang dulu.
Cumanya, kalau betul macam ramalan sebahagian pengkaji politik yang kata Najib akan bubarkan parlimen hujung tahun ni atau pun awal tahun depan, maknanya masih ada lagi satu suku tahun sehingga hujung bulan 6 ni untuk Pakatan Rakyat cari dan daftarkan seramai mungin pengundi baru yang akan undi Pakatan Rakyat.
Dari angka yang aku tengok, masih ramai lagi yang boleh jentera PR daftarkan, cumanya kena gandakan lagi usaha dan kena bergerak dengan lebih detail lagi. Bagi Dun yang PAs akan bertanding, kalau dapat angka yang negeri unjurkan, insyaallah calon-calon PAS berpeluang untuk menang.
Macam tu jugak dari segi nak tarik sokongan dari pengundi sediada. Jentera PR dah kena mula ubah ke gear yang lebih tinggi. Dah kena mula "touch" pengundi secara terancang dan personal. Maklumat dan sebaran masih lagi tak berapa nak sampai ke sasaran.
Macam kata MSK nak kena sentuh terutamanya Gen X dan Gen Y. Jentera Pakatan Rakyat tak sepatutnya bertumpu lebih kepada Geng Boomers saja melalui kerja-kerja kebajikan dan ceramah umum. Nak kena perbanyakkan program secara langsung dengan Gen X dan Gen Y yang lebih terbuka dan mudah untuk dikacau kepala otak depa dari Geng Boomers yang dah berkarat kepala otak.
Tabung dana pilihanraya pun nak kena mula diisi dan kalau nak buat banyak program untuk Gen X dan Gen Y dana yang lebih banyak nak kena ada. Program untuk golongan ni memang nak kena pakai banyak modai berbanding nak buat ceramah atau kerja-kerja kebajikan.
Lagi satu, dengar ceritanya, Umno dah nak mula gerakkan jentera pilihanraya depa lepas habih mesyuarat bahagian yang tengah berlangsung sekarang ni. Dan dengar ceritanya mesyuarat agung bahagian depa kali ni memang menjurus kepada nak hadapi pilihanraya.
Jadinya aku harap sangat, mana-mana markaz UPU yang penuh dengan habuk kena mula dibersihkan dan mula digunakan balik secara intensif. Yang dah mula bergerak kena tukar gear lagi tinggi. Takkan nak buat-buat terkejut jugak macam masa PRU11, takut keputusan PRU13 nanti sama macam keputusan PRU11 pulak.
Yang menariknya di bahagian akhir laporan Harakah tu ditulis:
Selain itu, kata Abu Hassan, selain tokoh yang idealis dan berkaliber seperti Nizar, orang Melayu di Perak juga amat memerlukan jaminan dengan kemunculan tokoh lain yang setanding dengannya bagi mengimbangi Nizar sekiranya berlaku perkara tidak diingini ke atas Nizar.Takkan kut Dr. Abu Hasan nak suruk PR tonjolkan Drs Khalil atau nama cina dia Lim Chuan Hing ni sebagai calon MB spare kut? Mana boleh. Dia tu Cina, undang-undang tubuh Perak cuma benarkan orang Melayu saja jadi MB.
"Tokoh itu pula diharapkan bukan dari PKR dan DAP, tetapi dari PAS sendiri. Dari kajian yang dibuat oleh Zentrum, kami mendapati Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim merupakan orang yang diharapkan dan beliau amat perlu ditonjolkan ke depan oleh Pakatan Rakyat Perak," jelasnya.
Kalau cina boleh jadi MB Perak, masa lepas PRU12 hari tu lagi Ngeh dah jadi MB Perak.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis