Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.Aku tengok ada jugak satu dua blogger pencacai Umno yang tak puas hati bila tarif elektrik ni naik. Cumanya kemarahan depa ni depa tala tak kena tempat. Kebanyakkannya salahkan TNB terutama sekali CEO TNB yang katanya hanya mementingkan keuntungan.
Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011. - Mkini.
Paling jauh pun, depa cuma tala ke menteri, tu pun cuma sipi-sipi ja.. Takdak sorang pun yang tala lebih atas dari tu. Dan takdak sorang pun yang aku nampak belasah perjanjian antara TNB dan IPP yang disorok di bawah akta rahsia rasmi.
Konon nak tunjukkan yang depa tu blogger rakyat la, perihatin dengan masalah rakyat kononnya. Pirah mabukkkk...
Kalau nak belasah biar belasah kena tempat. Patutnya bukan takat maki Che Khalib Ceo TNB tapi kena belasah sampai ke Najib Razak, Perdana Menteri 1Malaysia. Pasainya kenaikan tu atas kebenaran kabinet. Kalau kabinet tak benarkan mana berani menteri nak umumkan, kalau Najib tak benarkan, takkan kabinet nak luluskan.
Takkan depa tak tau kut yang kabinet terpaksa benarkan kenaikan tarif pasai TNB terpaksa bayar harga yang lebih tinggi kepada IPP sebab IPP tentu punya kenakan harga yang lebih tinggi bila subsidi kat depa ditarik balik. IPP ni mana boleh rugi. Bukan takat tak boleh rugi untung kurang pun tak boleh.
Nak buat macamana kalau semua tu dah jelas tertulis dalam perjanjian yang dibuat antara IPP dengan TNB masa Mahathir masih lagi jadi PM.
Jadinya, kalau blogger pencacai Umno betul-betul ikhlas nak membela rakyat marhaen, depa patutnya bukan setakat belasah CEO TNB, bukan setakat belasah menteri tapi depa kena belasah Najib, PM sekarang dan juga Mahathir, PM masa perjanjian tu dibuat.
Macam blog RBF (yang aku capture image kat atas tu), sungguh-sungguh minta maaf kononnya guna perkataan kurang enak pasai dah tak boleh sabar. Ingatkan hebat sangat dia nak maki, rupa-rupanya takat maki Che Khalib ja. Kutuk menteri pun takat sipi-sipi.
Yang lagi BANGANG, ada jugak blogger blogger pencacai Umno belasah TNB pasai "bagi peluru pada pada pakatan haram untuk tembak kerajaan".
Tu yang sebenarnya. Depa bukan kisah sangat kalau rakyat marhaen susah bila tarif elektrik naik, tapi depa cuma kisah pasai Pakatan Rakyat dapat peluru besar untuk PRU13.
Di bawah ni aku salin tampal cadangan bernas dari blogger pencacai pandy kutty.
CARA-CARA UNTUK KURANGKAN STRESS BILA ELEKTRIK NAIK HARGA.., KORANG PERLU LAKUKAN INI...BANGANG!!!
- Nak angin dan tak mau panas...? Duduk je bawah pokok... nyaman je rasanya bila kena angin ori punya...... bau pun asli dari alam sekitar !
- Suri rumah yang nak pakai blender.., stop !!! Pakai je lesung batu..., lagi asli apa....
- Mesin basuh? Oooo.., patut dihindarkan tuu.. Sental je pakai tangan macam tok nenek kita dulu.. Sambil-sambil tu bolehlah buat senaman untuk kecikkan saiz bawah lengan tu...
- Nak tengok tv ? Urusan dunia semua tu macam kata Pok Nik... Beli je yang 7 inci punya cukuplahh.. Yang 40 inci tu simpan je laaa....
- Nak pakai peti ais semata-mata nak minum air sejuk? Membazir tu beb ! Korang beli je ais batu... baru 50 sennn.
- Pakai pemanas dalam bilik mandi? Alahhhhh..., sekali sekala mandi lah air sejuk baiii...., kecut sikit telur tu.. Baru subur sikit.. !!
- Macam mana dengan komputer? Korang pakai je yang cybercafe punya... Sejam baru 2 hinggit je beb.. Kalau ambik tiga jam baru 5 hinggit... so jimatlah sikit.
Jadi, sekian saja cara-cara untuk elakkan kenaikan harga elektrik... Selamat mencubaaaa... Hahahahahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis