600,000 pengundi baru tidak boleh mengundi PRU12 angkara pembangkang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 30, 2011

600,000 pengundi baru tidak boleh mengundi PRU12 angkara pembangkang?


Utusan melaporkan:
Dikatakan kira-kira 600,000 pendaftar baru pemilih tidak dapat mengundi pada PRU 2008 gara-gara kerana proses bantahan ini.

Mengulas isu ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi akhbar ini semalam mengakui jumlah bantahan tertinggi pada masa ini diterima dari Selangor dan Kelantan. SPR menerusi Pengarah SPR negeri masing-masing yang dikenali dalam urusan ini sebagai Pendaftar dipertanggungjawabkan untuk menyiasat asas kebenaran dakwaan yang dibangkitkan dalam bantahan tersebut.

Bagaimanapun Wan Ahmad menarik perhatian terhadap andaian liar kononnya SPR dijadikan alat untuk memenangkan parti tertentu pada PRU akan datang dengan mempamerkan senarai pemilih baru yang semakin meningkat kebelakangan ini. Antaranya, pihak terbabit mendakwa menemui beberapa bukti berhubung perkara itu sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahli parti mereka tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR.

Dakwa mereka lagi, terdapat tiga kekeliruan berhubung perkara itu iaitu pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah, pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud dan pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.

Mereka mendakwa tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.

Menurut Wan Ahmad, prosedur SPR adalah jelas bahawa pihaknya akan memproses permohonan pertukaran alamat berpandukan kepada tempat tinggal pemohon.

“Jangan salah anggap, kadang-kala tempat itu madrasah, asrama dan bengkel, barangkali kerana alamat dalam kad pengenalan menggunakan alamat berkenaan,” katanya. - Utusan.  
Kalau takmau ada bantahan, SPR kena buat kerja secara telus. SPR bukan setakat kena buat kerja bertul tapi kena dilihat buat kerja betul.

Macamana Pakatan Rakyat nak percaya dengan SPR kalau pengerusi dan setiausaha SPR selalu sangat dilihat beraksi tak ubah macam 'si anjing Umno'. Buat kerja memanjang kearah nak memenangkan Umno BN dan menyusahkan Pakatan Rakyat.

Lagi satu, gila apa saja-saja nak buat bantahan. Buat bantahan tu bukannya free. Dah la satu nama yang dibantah nak kena bayar RM10.00, sorang pembantah pulak cuma boleh bantah 10 nama saja.

Bila SPR nampak banyak bantahan dibuat PSR perkenalkan lagi satu peraturan, setiap bantahan yang SPR tolak selepas dibuat siasatan awam dikenakan pulak bayaran RM50 hingga RM250 pulak. Tapi kalau bantahan diterima tak pulak SPR bayar kepada pembantah.

Memang tak logik langsung dila SPR tuduh ada yang buat bantahan semata-mata nak mengganggu-gugat daftar pemilih sedia ada. Kalau SPR buat kerja secara telus takdak sapa yang nak susah-susah buat bantahan.

Contohnya macam bantahan pasai pemilih baru yang takdak nombor rumah.  Mungkin la ada yang gunakan alamat madrasah, asrama dan bengkel, aku tak boleh nak nafikan tapi bukan kes-kes macam tu yang orang bantah. Yang aku tak puas hatinya ada pemilih baru yang didaftarkan masuk contohnya lokaliti kawasan perumahan tapi takdak nombor rumah, langsung tak logik.

Kalau betul SPR gunakan sistem ALIS yang katanya ada link langsung dengan data Jabatan Pendaftaran Negara, takkan JPN daftarkan alamat yang takdak nombor rumah. Bangangnya orang-orang di JPN tu. Takkan rumah di taman perumahan takdak nombor rumah, memang tak logik.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...