DHPP pun sokong Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 24, 2011

DHPP pun sokong Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden?

FreeMalaysiaToday melaporkan:
PETALING JAYA: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat Hu Chang Paw berharap para penyokong bukan Islam berpeluang terlibat lebih aktif dalam program dan aktiviti parti.

Hu berkata langkah pertama yang sepatutnya dibuat ialah dengan memastikan penyertaan penyokong bukan Islam di dalam mesyuarat parti di semua peringkat.

“Pada ketika ini, para penyokong hanya menerima jemputan untuk menyertai mesyuarat di negeri Perak,” kata Hu yang mengetuai 25,000 penyokong bukan Islam dalam PAS.

DHPP Pusat dirasmikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Klang pada tahun 2010. Sebelum itu ia berfungsi sebagai kelab sejak tahun 2004.

Hu menambah bahawa PAS perlu lebih terbuka dan melibatkan para penyokongnya agar PAS boleh maju ke hadapan.

Dua usul demi parti

Hu turut ditanya berkenaan dengan mesej yang akan dibawa beliau sebagai mewakili DHPP dalam sesi muktamar PAS pada 3 Jun ini di Pusat Tarbiyah Taman Melewar, Gombak dekat Kuala Lumpur.

“Cadangan pertama ialah penubuhan sebuah kumpulan pemikir atau ‘think tank’ yang akan menyusun strategi parti dan diwakili semua kaum. Ini adalah kerana buat masa ini PAS tidak mempunyai kumpulan pemikir yang khusus dan melibatkan semua pihak.

“Kami juga akan mengusulkan penubuhan sebuah yayasan dengan dana permulaan sebanyak RM10 juta. Wang tersebut akan digunakan untuk tujuan pelaburan dan latihan yang melibatkan program parti.

“Ia berguna agar kita boleh menggaji golongan cerdik pandai untuk menjadi kakitangan parti,” tambah Hu.

Hu berharap agar Timbalan Presiden dipilih dari golongan bukan ulama.

“Mereka berdua (Presiden dan timbalannya) perlu berupaya mendapatkan sokongan pihak-pihak yang berlainan. Jika kedua-duanya dari satu kumpulan, maka adalah payah untuk mendapatkan sokongan golongan bukan Islam,” jelas Hu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon timbalan presiden atas alasan ahli DHPP tidak mempunyai hak mengundi.

Abdul Hadi berjaya mengekalkan jawatannya sebagai presiden apabila menang tanpa bertanding tempoh hari. - FMT.
Memang dia tak sebut dia sokong Mat Sabu tapi kalau tengok realiti calon yang menawarkan diri untuk bertanding setakat ni, cuma Mat Sabu sorang ja yang bukan berstatus ulama'.

Hujjah dia lebih kurang sama dengan salah satu hujjah aku, pasai apa takperlu ulama' duduk dikerusi no 2 tu.
“Mereka berdua (Presiden dan timbalannya) perlu berupaya mendapatkan sokongan pihak-pihak yang berlainan. Jika kedua-duanya dari satu kumpulan, maka adalah payah untuk mendapatkan sokongan golongan bukan Islam,”
Tapi nak buat macamana, ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS ni setakat ni belum diberikan hak untuk mengundi dalam Perlembagaan PAS. Kalau boleh mengindi macam Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama' dah tentu undi depa boleh dapat kat Mat Sabu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...