KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berazam untuk membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional (BN) sebagai usaha menyatupadukan orang Melayu.
Harapan beliau menerusi usaha itu ialah agar orang Melayu berhenti berbalah sesama sendiri yang akhirnya akan merugikan kaum itu sendiri.
"Saya akan cuba usahakan perkara itu supaya PAS berada dalam BN, berhenti Melayu sama Melayu bergaduh...(kerana) ia memenatkan, buang masa, membazir tenaga dan kerja bodoh," katanya dalam Forum 65 Tahun Umno di sini. - Bernama.
Memang sungguh tak sesuai Ketua Penerangan Umno jadikan angan-angan dia tu sebagai azam. Angan-angan Ahmad Maslan tu lebih teruk dari angan-angan Mat Jenin.
Orang pasang azam nak buat benda yang walaupun agak payah nak boleh dibuat tapi masih ada harapan dia boleh buat bukan benda yang langsung takdak harapan dia boleh buat. Mana logik contohnya aku berazam nak bagi boleh berjalan di udara, pasainya dari segi hukum alam benda tu mustahil boleh berlaku walaupun memang tak mustahil aku boleh ada kuasa macam tu.
Sama jugak mustahilnya dalam masa terdekat ni PAS sanggup bersama dengan Umno dan masuk BN, tambah-tambah pulak dalam acuan macam yang Ahmad Maslan angan-angankan.
Ahmad Maslan kata dia berazam nak bawak PAS masuk BN atas asas bangsa, biar orang Melayu berhenti berbalah sesama sendiri, padahal PAS memang dari dulu lagi berjuang bukan atas semangat bangsa, terutama sekali selepas PAS terima pakai konsep "Kepimpinan Ulama'," PAS berjuang atas semangat Islam.
Apa guna melayu bersatu tapi Islam nak disepak ke tepi. PAS dah ada pengalaman bersama dengan Umno satu masa dulu dan realitinya Umno yang ada sekarang ni lebih teruk dari Umno masa PAS dalam BN dulu.
Jadinya, kalau ada pemimpin PAS yang berani sambut "azam" Ahmad Maslan tu, aku yakin 100% yang pemimpin tu akan teruk kena belasah kalaupun tak disingkirkan terus dari parti.
TG Nik Aziz dah lama bagitau, dan dia sentiasa ulang kenyataan dia tu. Kalau Umno benar-benar terima Islam, bukan setakat masuk Umno, PAS bubar pun takpa.
Masalahnya, sampai hari ni, walaupun mengaku beragama Islam, pemimpin Umno tak pernah bersungguh-sungguh nak kepada Islam. Umno cuma terima Islam dalam bab-bab yang menguntungkan Umno. Umno cuma gunakan Islam masa ajak nak berbaik dengan PAS tapi Umno tak pernah gunakan konsep keadilan Islam bila berurusan dengan PAS.
Macamana la PAS nak bersama dengan Umno, tambah-tambah lagi la dalam keadaan terkini, tubuh badan Umno dan tubuh badan pemimpim Umno penuh dengan tompokan segala macam jenis kekotoran. Memang tak mungkin PAS akan sanggup bersatu dengan Umno dalam BN dalam keadaan yang ada sekarang ni.
Kartun yang Zunar lukis yang aku salin tampal tanpa izin dari Malaysiakini kat bawah ni memang tepat sekali menggambarkan realiti semasa.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis