Kalau tawaran menteri tu dibuat sebelum kempen pemilihan PAS bermula... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 30, 2011

Kalau tawaran menteri tu dibuat sebelum kempen pemilihan PAS bermula...


Malaysiakini melaporkan:   
Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ. - Mkini
Wakil Umno ni pun, kalau nak bagi tawaran tu, bagi la tawaran yang menggiurkan sikit. Kalau takat 3 kerusi menteri penuh tu, nak berunding dengan SNAP pun belum tentu depa setuju. Pi jumpa TG Nik Aziz pulak tu. Memang lebih ke hala tadi dari awal lagi la.

Paling kurang pun bagi la tawaran 5 orang menteri penuh termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, baru la padan. Boleh la bagi kat Presiden PAS jadi Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden jadi menteri penuh. Lepas tu pulak jawatan Timbalan Menteri bagi kat ketua dewan-dewan Ulama', Pemuda dan Muslimat. Baru la padan kalau ada yang terliur pun.

Kalau la Umno buat tawaran macam tu 'secara terbuka' sebelum kempen pemilihan PAS bermula, mungkin pemilihan PAS kali ni akan jadi lebih hangat kalaupun tak hangit. Ada pulak sorang dua cukong yang masuk daun bagi, hulur duit sikit sebanyak. Fuhh!! Tentu hebat punya la...

Tapi, nasib baik la puak-puak Umno ni tak reti, cuma reti bab video lucah ja. Kalau tak, ada peluang la puak-puak Umno tepuk tangan tengok pemilihan PAS kali ni...

Boleh berangan ja la kut...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...