KUCHING, 7 April (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang akan menerajui Barisan Nasional (BN) buat kali terakhir dalam pilihan raya negeri kali ini, bercakap mengenai visinya untuk melihat Sarawak menjadi negeri termaju di Malaysia selepas beliau berundur.Walaupun dah 30 tahun jadi Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud rupanya masih ada visi yang belum selesai. Mungkin visi ni visi baru. visi nak tengok Sarawak jadi negeri termaju di Malaysia.
Taib berkata adalah menjadi impiannya untuk melihat semua kaum di negeri ini maju dan menyeru mereka mengembalikan kuasa kepada Barisan Nasional pada pilihan raya negeri 16 April. - Bernama.
Taib Mahmud mula jadi Ketua Menteri sama dengan Dr. Mahathir jadi Perdana menteri, tahun 1981. Ketua kerajaan negeri yang paling lama di Malaysia. Patutnya visi tu dia sebut masa baru-baru dia dilantik jadi Ketua Menteri bukan sekarang, selepas 30 tahun jadi Ketua menteri untuk negeri yang disenaraikan antara negeri yang miskin di Malaysia.
Besar gila visi dia kali ni. Bukan setakat nak jadi negeri maju tapi nak jadi negeri termaju, nak kena kalahkan Selangor, kalahkan Penang, kalahkan Perak. Masalahnya sekarang ni dengan Perlis yang sekangkang kera dan takdak apa tu pun Sarawak kalah.
Sarawak bukan negeri yang miskin dari segi hasil. Sarawak ada hasil minyak yang cukup lumayan. Sarawak jugak ada simpanan hutan yang amat luas. Hasil balak Sarawak memang lumayan. Sepatutnya dengan hasil minyak dan balak ni saja pun Sarawak dah boleh jadi negeri maju kalau pun mungkin tak termaju.
Tapi realitinya, Sarawak negeri yang miskin. Masih ramai rakyat Sarawak yang belum merasa kemudahan asas. Jalan takdak, bekalan letrik takdak, bekalan air pun takdak. Nak jadi maju macamana kalau kemudahan asas macam tu pun tak mampu nak disediakan.
Kalau tengok realiti yang ada hari ni, visi besar gila dia ni lebih layak dianggap lawak jenaka dari seorang tua yang dah semakin hampir hilang kuasa.
Dari satu sudut, mungkin Taib Mahmud masih teringin nak jadi Ketua Menteri lagi, mungkin dia nak jadi Ketua Menteri sampai mati. Ya la, takkan dia sekadar nak bervisi, mesti la dia ada perancangan macamana nak realisasikan visi besar dia tu. Takat setahun dua tak jadi apa, satu penggal lagi pun aku rasa tak nampak lagi jalan nak jadi negeri termaju.
Kalau dia berundur sekarang, macamana dia nak boleh mengaku visi tu visi dia. Kalau takat sebut macam tu saja, yang tu orang tak panggil visi, yang tu orang panggil angan-angan mat jenin. Benda visi ni bukan macam angan-angan mat jenin, sambil naik pokok nyok pun boleh. Benda visi ni nak kena ada perancangan, nak kena ada blue print (macam Dr. Hasan Ali suka sebut dulu.)
Pasai tu la dia masih lagi nak bertanding kali ni. Dan kalau dia menang dah tentu punya dia dilantik jadi ketua Menteri. Sapa berani nak cabar dia?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis