Perasmian Mesyuarat Agung kali ni akan disempurnakan oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Ahli Parlimen Parit Buntar.
Turut dijemput berceramah adalah YB Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR.
Bila Johari Abdul yang berceramah tentunya isu utama yang akan dibawa adalah isu video lucah yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim.
Jadinya, semua dijemput hadir. Ahli PAS, ahli PKR, ahli DAP dan jugak yang tak berparti dijemput hadir dengar sendiri dari mulut orang yang mengaku dah tengok video tersebut. Orang Umno jugak dijemput hadir, dengar sendiri versi Pakatan Rakyat.
Cakap banyak pun tak guna, mai la ramai-ramai. Jangan lupa bawak duit lebih sikit untuk derma jihad. Takdak masalah, duit orang Umno pun kami terima, tanpa prejudis.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis