Tanda-tanda akhir pilihanraya dah dekat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 25, 2011

Tanda-tanda akhir pilihanraya dah dekat

Ramai yang kata antara "tanda-tanda akhir" pilihanraya dah tak lama dah bila nilai ringgut naik dan kukuh.

mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun pada 2.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat pertama kalinya Isnin, berikutan minat belian yang kukuh dari luar negara, kata seorang pedagang mata wang.

Pada 11.40 pagi, ringgit didagangkan pada 2.9945/9975 berbanding dolar AS, paras tertinggi sejak Oktober 1997.

"Terdapat permintaan kukuh untuk mata wang tempatan dari bank-bank luar negara memandangkan ringgit masih di bawah nilai selain pelabur yakin terhadap pasaran saham dipacu oleh Program Transformasi Ekonomi," kata pedagang itu kepada BERNAMA.

Beliau berkata ringgit masih di bawah nilai sedangkan semua mata wang Asean sudah pulih daripada krisis mata wang 1997, dengan ada antaranya kembali kepada paras prakrisis.

"Trend untuk ringgit mencatat paras yang paling kukuh sudah wujud sejak dua minggu lepas dan ia akan menarik lebih banyak pelabur tempatan dan asing ke dalam pasaran tempatan," katanya.

Pedagang itu menjangkakan ringgit akan terus meningkat antara paras 2.80 hingga 2.85 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun, bergantung kepada dasar monetari Bank Negara Malaysia. - mStar.
Nampak gayanya, dari segi nilai ringgit, keadaan semakin sesuai untuk Najib bubarkan Parlimen, sesuai untuk buburkan perlimen sampai hujung tahun.

Apa lagi "tanda-tanda akhir" pilihanraya semakin dekat?

Dr. Hamirdin tulis:
Juga kau lihat prestasi KLSE, kalau dah cantik dengan solekan, maka dah dokek la PRU tu.

Kemudian petanda paling besor, mengikut ilmu almarhum Ustaz Fadzil Nor, kalok ada yang buat umrah, itu petanda paling besaq.

Kau tengok bila makcik flom gi umrah, tu tanda PRU akan berlaku. - Hamirdin.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...