Aku cuma berminat nak menaikkan Mat Sabu sebagai pimpinan PAS ke tingkat yang lebih tinggi. Aku tak berminat nak menumbangkan atau nak menjatuhkan mana-mana pemimpin PAS.
Tentu ada yang fikir bila Mat Sabu naik tentu ada yang akan jatuh. Kalau ada yang fikir macam tu, tu silap hangpa. Bila Mat Sabu naik, dia cuma menggantikan yang ada. Kalau yang digantikan tu rasa dia dijatuhkan, silap besar la.
Pasainya, kalau sekadar digantikan, sepatutnya tak sakit berbanding dengan dijatuhkan. Kalau orang jatuh tentu sakit punya. Lagi tinggi dia jatuh biasanya lagi sakit. Tambah-tambah kalau tak kena cara landing, jatuh atas jalan tar masa kena perambat pasai merempit tak pasang lampu pulak, tentu punya ada terkoyak kulit nampak isi kalaupun tak patah riuk.
Jadinya, aku nak ulang sekali lagi, aku cuma berminat nak tengok Mat Sabu naik. Aku berharap sangat Mat Sabu naik tu pun bukan ada sebab lain melainkan sebab nak tengok BN tumbang.
Aku amat-amat yakin, dengan naiknya Mat Sabu di tahap yang lebih tinggi dikalangan pimpinan PAS, lebih ramai rakyat Malaysia yang boleh mengundi akan terpanggil untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk bersama-sama menumbangkan BN.
Malaysiakini melaporkan:
Husam: Fokus jatuhkan BN, bukan pemimpin PAS
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa menegaskan bahawa parti itu perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan sendiri sedia ada.
Beliau yang dipetik Harakahdaily berkata, kepimpinan PAS yang diterajui presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.
“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah BN bukan PAS,” katanya.
Beliau yang juga bekas naib presiden PAS berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di Kuala Lumpur hari ini.
Tambahnya, apa yang penting kepada PAS sekarang adalah proses "penyegaran" semula dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13. - Mkini.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis