Bila kawan itu tanya saya tentang hasrat Mohamad Sabu saya tidak memberi apa-apa komen. Saya hanya menjelaskan apa isyarat yang saya perolehi di Kuching dua migngu lepas. Kalau isyarat ini boleh diyakin dan ianya jelas, maka penama inilah yang layak untuk dicalonkan bagi merebut jawatan berkenaan. Isyarat itu juga menunjukkan Mohammad Sabu tidak berapa disenangi.Aku memilih untuk tak percaya apa yang MSO tulis sebagai "isyarat" tu selagi TG Nik Aziz tak dilaporkan berkata macam tu. Setakat ni, aku ambil "isyarat" tu sebagai bukan sebenarnya dari TG Nik Aziz tapi dari puak-puak yang takmau Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden.
Saya juga mengira kalau orang ini dicalonkan ia menyebabkan Nasharudin berada dalam keadaan serba salah. Satu keputusan yang amat berat untuk dilakukan oleh ahli Parlimen Bachok itu.
Hari ini isyarat yang saya perolehi itu sudah pun jelas. Ia bukan menjadi rahsia lagi. Khabarnya Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan cadangan agarnya Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Apabila cadangan itu dizahirkan maka isyarat dua minggu lepas jelas dan nyata. - Merah Tinta.
Realitinya sekarang ni, "kerusi panas" jawatan Timbalan Presiden masa ni nampak macam dah jadi milik Mat Sabu bila Husam Musa dan Ust Tuan Ibrahim umumkan tak berminat bertanding jawatan tu. Pemimpin utama PAS yang lain nampak macam tak berapa nak boleh menang kalau lawan dengan Mat Sabu.
Tentu punya yang tak setuju Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS akan buat apa saja untuk menyekat Mat Sabu dari dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS.
Satu-satunya calon yang nampak mampu mencabar Mat Sabu cuma Ust Tuan Ibrahim. Malah kalau Ust Tuan Ibrahim masuk peluang untuk dia menang sangat-sangat besar. Jadinya, kot mana pun, depa kena buat kerja supaya Ust Tuan Ibrahim masuk bertanding.
Masalahnya Ust Tuan Ibrahim dah awal-awal lagi buat keputusan istiharkan tak berminat bertanding jawatan tu. Apa cara yang ada untuk pujuk Ust Tuan Ibrahim ubah keputusan Ust Tuan Ibrahim tu, kalau setakat orang biasa saja yang pi pujuk dia takkan dia nak akur.
Sebelum pujuk Ust Tuan Ibrahim, puak-puak tu tau kawasan-kawasan perlu di kempen untuk mencalonkan jugak Ust Tuan Ibrahim sebagai calon Timbalan Presiden. Kalau dah banyak pencalonan untuk Ust Tuan Ibrahim baru la mudah nak buat kerja seterusnya.
Masalahnya, nak buat apa calonkan Ust Tuan Ibrahim kalau dia sendiri dah istiharkan yang dia takmau bertanding jawatan tu dan dia dah nasihatkan kawasan-kawasan supaya calonkan orang lain.
Untuk kempen kawasan-kawasan supaya mencalonkan Ust Tuan Ibrahim bukannya susah sangat. Cara yang paling mudah adalah gunakan nama TG Nik Aziz. Kalau kawasan-kawasan dengar ada "isyarat" dari Mursyidul Am takkan depa tak nak ikut. Dan aku yakin kebanyakkannya takkan siasat balik betul atau tak "isyarat" tu.
Kebanyakkan mesyuarat agong kawasan-kawasan bagi kuasa kepada mesyuarat AJK Kawasan untuk putuskan. Jadinya "isyarat" tu cuma perlu disampaikan kepada beberapa orang "key player" dikalangan AJK PAS setiap kawasan. Bila "key player" ni bersuara dalam mesyuarat tu, peluang untuk Ust Tuan Ibrahim dicalonkan sangat-sangat cerah.
Bila dah banyak pencalonan untuk Ust Tuan Ibrahim kerja seterusnya akan jadi lebih mudah.
Isunya sekarang ni, betui ka TG Nik Aziz tak berapa berkenan Mat Sabu dan suruh Ust Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden???
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis