BINTULU, 9 April (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk membasmi kemiskinan di Sarawak berbanding RM1 bilion dijanjikan dalam manifesto pakatan parti pembangkang bagi pilihan raya negeri Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri seterusnya mencabar parti-parti pembangkang menyediakan dana sebanyak RM10 bilion untuk membasmi kemiskinan di Sarawak.
Katanya kerajaan BN telah mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak kepada hanya tiga paratus sekarang berbanding 60 ke 70 peratus 20 tahun yang lalu.
"Sekali pandang tawaran (pembangkang) hebat, kalau betul-betul serius letak RM10 bilion, sebab kita sudah beri berpuluh bilion... lebih daripada itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra selama setengah jam di Pasar Utama Bintulu di sini Sabtu. - Bernama
Aku tak berapa tau apa bentuk sebenarnya tabung Dana Pembasmian Kemiskinan yang PR janji nak sediakan dana RM1bil kalau menang. Tapi aku yakin tabung tu adalah tabung khas yang akan digunakan khas untuk membantu keluarga yang berada di bawah kemiskinan secara terus dan untuk jangka pendek.
Memang betul, aku setuju sangat dengan pandangan Muhyiddin, memang RM1bil tak cukup. Memang tak cukup kalau tabung tu dibagi kepada BN untuk urus. Tapi kalau PR yang urus aku yakin cukup. Silap-silap boleh berlebih lagi.
Maksud aku, sebelum-sebelum ni memang ada pemimpin Umno sendiri yang mengaku berlaku ketirisan dalam bantuan kepada golongan miskin. Kalau ada tiga lapis baru nak sampai kepada orang miskin maknanya tiga kali la kena 'cukai'. Akhirnya yang sampai kepada yang sepatutnya tinggal berapa saja. Yang lain habih kut jalan. Terutama sekali kalau gunakan saluran orang politik macam yang pada TEKUN dan PPRT.
Umno tak payah nak nafikan, memang realitinya macam tu. Takkan dah lupa isu penyelewengan duit PPRT sebanyak RM47juta yang dikaitkan dengan Anuar Musa dulu. Menteri terlepas yang kena pegawai kerajaan sebab yang tandatangan pegawai kerajaan walaupun tentunya atas arahan menteri.
Duit TEKUN pulak berapa peratus sangat yang bayar balik. Nak bayar apa kalau kroni bagi pinjam kepada kroni. Takkan kroni nak tekan kroni suruh bayar. Nanti kalau kroni lari kroni jugak yang rugi. Sapa nak undi kroni masa pemilihan parti?
Kalau di Semenanjung yang pembangkang kuat pun berlaku ketirisan tambah-tambah lagi la di Sarawak yang pembangkang nak bergerak pun payah terutama sekali di kawasan pendalaman.
Takkan kita lupa macamana cara depa belanja. Takkan tak ingat harga set screw driver depa beli RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40. Orang beli pasu plastik RM5.20 tapi depa beli RM42.80. Orang beli jack kereta RM50 depa beli sampai RM5,741.69. Tu tak tengok lagi benda yang besar macam kapal selam yang tak boleh menyelam.
Lagi satu contoh klasik, kalau ikut standard Umno, kerajaan Kelantan dah lama bangkrap. Pemimpin Umno masa lepas PRU 1990 kata Kelantan akan bangkrap dalam masa 3 bulan tapi sampai hari ni dah lebih 20 tahun tak bangkrap.
Kalau Umno yang kena macam PAS di Kelantan kena lepas menang 1990 memang tak heran kalau bangkrap. Nak perintah mamcamana? Duit perkapita di hujung tahun baru nak bagi. Hutang bertimbun nak kena bayar. Nak hutang lagi kat kerajaan pusat mampus tak dapat. Kalau standard Umno memang dah lama bangkrap.
Kalau teringin nak bubuh imej macam yang kat sebelah ni boleh salin tampal code kat bawah ni: <object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,79,0" id="calon_PAS_PRN_Sarawak" width="217" height="295"><param name="movie" value="http://e-beli.com/abdyem/calon_PAS_PRN_Sarawak.swf" /><param name="bgcolor" value="#DDDDDD" /><paramname="quality"value="high"/><param name="allowscriptaccess" value="samedomain" /><embed type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" name="calon_PAS_PRN_Sarawak"width="217"height="295"src="http://e-beli.com/abdyem/calon_PAS_PRN_Sarawak.swf" bgcolor="#ffffff" quality="high" swliveconnect="true" allowscriptaccess="samedomain"><noembed></noembed> </object> |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis