Calon PAS dan PR cuba diugut dan dibeli - Apa kata polis? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 11, 2011

Calon PAS dan PR cuba diugut dan dibeli - Apa kata polis?

Hakahdaily melaporkan:
SANTUBONG, 10 April: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.

Menurut Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.

Dalam perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini.

Bagaimanapun, Nani didakwa menolak pelawaan tersebut secara baik dan meletak telefon biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.

"Calon bagitahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.

"Kita anggap ini satu percubaan untuk membeli, mengugut dan menyusahkan calon kita," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - Hrkh
Setakat aku tulis ni, belum nampak lagi komen polis berkenaan isu ugut dan rasuah ni. Macam biasa la, kita buat laporan polis lepas tu senyap dan sunyi sepi. Tak pernahnya polis berminat dengan laporan polis yang Pakatan Rakyat buat. Kalau ditimbang kertas laporan polis yang Pakatan Rakyat mungkin dah bertan-tan dah kot.

Kalau betul nombor telefon tu sah dari Bukit Aman memang malang sangat la kalau polis langsung tak ambil tindakan dengan laporan polis tu.

Di Muara Tuang pun lebih kurang sama. BuletinOnline melaporkan:
KOTA SAMARAHAN - Calon PAS bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang bertanding di kerusi N15 Muara Tuang, Horaini Hamzah (Kak Ani), sekali lagi diugut oleh 'agen Taib Mahmud',

Menurut suaminya, Morshidi Ali seorang perempuan 'yang dikenali' berumur sekitar 50-an datang ke rumahnya pada jam kira-kira 2.30 petang.

Katanya, wanita tersebut meminta Kak Ani (isterinya) menarik diri dari bertanding dalam PRN Sarawak , dan menawarkan sesuatu habuan.

"Dia datang lebih kurang jam 2.30 petang, ke rumah dan membuat ugutan, yang paling menakutkan, dia (wanita itu) berkata, kalau Kak Ani tidak menerima (tawaran menarik diri) jangan menyesal, akibat buruk yang akan berlaku,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Sebelum ini, pada 8 April, ketika ditemu ramah oleh Buletinonline, Kak Ani berkata, cabaran yang paling getir sejak berkempen selepas penamaan calon 6 April lalu adalah ugutan yang diterimanya dari pihak lawan.

Semalam, 10 April, ia lebih terang dan jelas kerana 'wanita' yang menjadi agen parti lawan itu datang sendiri ke rumah Kak Ani di Tanjung Bundong disini.

Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat berdasarkan bukti yang telah 'dirakamkan' ketika wanita datang menawarkan 'habuan' sekaligus mengugut. - BTO
Tapi yang aku herannya, pasai apa PBB takut sangat di Tanjung Datu dan Muara Tuang ni sampai tahap mengugut calon PAS.

Takkan depa rasa depa boleh kalah kat situ kut. Takkan kut calon BN boleh kalah di Muara Tuang sedangkan ada kat situ lebih 2000 pengundi POS. Masa PRN 2006 dulu calon BN dapat majoriti 6 ribu lebih undi.

 Di Tanjung Datu pulak masa PRN 2006 dulu calon BN dapat 4 ribu lebih majoriti manakala calon PKR dapat 409 dan calon cuma bebas dapat 35 undi.

Tak patut sangat depa takut nak kalah. Mungkin kut depa takut PAS bertapak kat situ. Memang sebelum ni, PAS tak ujud pun kat situ tapi semenjak kempen pilihanraya ni dah banyak cawangan baru PAS berjaya ditubuhkan. Mungkin kut PBB taku depa kalah masa PRN Sarawak penggal akan datang.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...