BSM dah terima CCM pulak tolak, pening lagi Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, April 10, 2011

BSM dah terima CCM pulak tolak, pening lagi Umno?

Malaysiakini melaporkan:
Berikut adalah kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala tentang isu kitab Injil:

Kerajaan menegaskan bahawa penyelesaian 10-perkara telah berjaya membuka jalan bagi pelepasan 35,100 naskah Injil dalam Bahasa Malaysia yang disita di Pelabuhan Klang dan Kuching.

Dua pengimport/pemilik kitab Injil ialah Persatuan Injil Malaysia (BSM), pemilik 5,100 naskah kitab itu yang disita di Pelabuhan Klang dan Gideon, pengimport 30,000 naskah di Kuching.

Menurut Datuk Seri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, BSM telah mengambil 5,100 naskah kitab itu di Pelabuhan Klang.

Lee Min Choon, Presiden BSM berkata mereka menyambut baik penyelesaian 10 perkara.

Beliau berkata "BSM amat menghargai penyelesaian 10-perkara yang tidak hanya merupakan penerimaan perjanjian 2005, tetapi juga merangkumi perlindungan tambahan untuk memastikan bahawa insiden baru-baru ini yang mencetuskan pertikaian tidak berulang.

BSM juga begitu tersentuh dengan kerendahan hati kerajaan dalam mengakui kelemahan ketika pengendalian kitab Injil dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia itu dan permohonan maafnya.

BSM, tanpa ragu-ragu, memaafkan.

BSM juga tidak mengikat Kerajaan dari sebarang kewajipan, undang-undang atau moral, untuk mengkompensasi BSM bagi 5,000 naskah Injil yang tidak boleh dijual dan menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan Kerajaan. - Mkini

Nak jadi cerita, lepas Najib kena belasah dengan Taib Mahmud, Persatuan Injil Malaysia akhirnya buat keputusan terima baik cadangan penyelesaian yang 'lebih liberal' yang dibentangkan oleh Idris Jala bagi pihak kabinet. Mungkin kut BSM dah puashati sebab Taib Mahmud dah tolong cakap bagi pihak BSM.

Kira ok la bila BSM tanpa ragu-ragu dah maafkan kabinet, tentu lega Najib.

Ingatkan boleh la Umno BN bernafas lega nak hadapi rakyat Sarawak yang memang ramai orang Kristian tapi rupa-rupanya ada lagi yang masih tak puas hati. Katanya lebih 40% rakyat Sarawak beragama Kristian.

Malaysiakini juga melaporkan:
Pemuda Majlis Gereja Malaysia (CCM) menolak 'formula 10 perkara' yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala untuk menyelesaikan kemelut kitab Injil bahasa Melayu.

Dalam satu kenyataan, badan itu menegaskan formula berkenaan, cuma penyelesaian 'tergesa-gesa' dan tidak menyelesaikan diskriminasi kerajaan persekutuan terhadap penganut Kristian negara ini.

Formula itu juga didakwa tidak tepat kerana hanya menyentuh isu kitab yang menjadi kontroversi tetapi langsung tidak menyentuh isu pokok yakni penindasan golongan Kristian di negara ini.
Walaupun rungutan dan tuntutan CCM kali ni tak berapa nak kena dengan tajuk tapi depa berbunyi jugak. Ambil kesempatan sempena kehangatan isu AlKitab yang dibahangkan lagi dengan kepanasan PRN Sarawak, memang sesuai sangat dari sudut politik CCM timbulkan tuntutan depa sekarang.

Kalau pun besar kemungkinan kabinet tak layan tuntutan 'lari tajuk' depa ni tapi sekurang-kurangnya ramai yang dengar rungutan dan  tuntutan depa dan depa yakin kerajaan dengar rungutan dan  tuntutan depa.

Mufti dah berbunyi walaupun 2 orang saja, dari Perak dan Selangor tapi kira ok la sebagai suara mewakili mufti tapi yang aku herannya, PERKASA masih tetap membisu. Mana cukup setakat salin tampal saja.

Lagi satu, lupa nak check, agak-agak blogger yang mengaku pejuang Islam tapi jadi duta arak tu ada ulas dak pasai isu ni?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...