Najib susah hati rakyat Sarawak dah tak percaya Taib Mahmud | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 11, 2011

Najib susah hati rakyat Sarawak dah tak percaya Taib Mahmud

Malaysiakini melaporkan:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bermula lawatan enam harinya ke Sarawak dengan memberi jaminan bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur selepas pilihan raya negeri.

Katanya, beliau telah bercakap dengan Taib dan ketua menteri itu berjanji melaksanakan peralihan kepimpinan negeri itu.

Oleh itu, perdana menteri menasihatkan rakyat Sarawak supaya tidak terpengaruh dengan desakan parti pembangkang yang mahu Taib menyegerakan peralihan kepimpinan negeri.

Menurut Najib, peralihan kepimpinan negeri bakal dilakukan pada waktu yang sesuai. - Mkini
Kesian kat Najib, terpaksa ketuai sendiri jentera BN di Sarawak. Nak buat macamana, rakyat Sarawak dah tak percaya kat Taib Mahmud.

Walaupun Taib Mahmud sebelum ni dah bagitau yang dia akan berundur tak lama lagi, nampak gayanya rakyat Sarawak macam tak percaya.

Bukan setakat rakyat Sarawak tak percaya rupa-rupanya Najib pun tak percaya yang rakyat Sarawak akan percaya. Pasai tu lah dia sendiri kena ulang janji Taib Mahmud tu dan ketuai sendiri jentera BN Sarawak.
Masalahnya kalau Taib Mahmud orang Sarawak tak percaya, adakah orang Sarawak akan percaya kepada Najib. Aku tak berapa nak yakin yang orang Sarawak akan percaya.

Nak bagi orang Sarawak percaya bukannya susah sangat. Taib Mahmud cuma kena berundur. Kalau Taib Mahmud betul-betul berundur takkan orang Sarawak tak mau percaya jugak. Berundur sekarang maksudnya Taib Mahmud tarik diri dari jadi calon Balingan. 
Takkan berani Najib nak suruh Taib Mahmud tarik diri kut, buatnya BN menang satu kerusi, mampos BN. Bukan setakat mampos di Petrajaya, di Putrajaya pun tunggu masa ja la.

Orang cina Sarawak nampak gayanya dah tak kisah betul atau tak Taib Mahmud akan berundur. Sekarang ni depa lebih percaya kepada DAP dari BN Sarawak. Tak pernah-pernah ceramah DAP sampai 10,000 orang hadir.

Orang asal pulak aku rasa lebih percaya kepada janji PR nak lantik Baru Bian jadi Ketua Menteri kalau BN berjaya ditukar. Kalau kerajaan bertukar dah tak timbul Taib Mahmud nak berundur atau tak. Masalahnya, ramai jugak yang percaya kepada SNAP. Yang percaya kepada BN Sarawak dah tak tara mana.

Yang mushkilnya mungkin orang melayu/melanau. Kalau Taib Mahmud turun sapa pulak yang akan naik. Adakah orang dari kaum depa jugak yang akan jadi Ketua Menteri walaupun manoriti. Puak-puak Umno memang sedar dilema kaum ni, pasai tu lah depa tolong buat poster Baru Bian yang bertulis "Calon Ketua Menteri" dan depa edar di kawasan majoriti melayu/melanau.

Macamana pulak peluang calon-calon PAS yang kesemuanya bertanding di kawasan majoriti orang melayu/melanau. Di Tanjung Datu dan Muara Tuang PAS bertanding bukan untuk menang tapi lebih kepada nak memperkenalkan diri. Tu pun PBB takut sampai ada yang sanggup pi cuba ugut dan beli calon PAS.

Di Beting Maro katanya PAS ada peluang cerah untuk menang. Di Sebuyau dan Saadong Jaya pun katanya calon PAS bagi tentangan sengit.
Apa pun keputusannya pada hari Sabtu depan, PAS dah pun mencatatkan sejarah di bumi Sarawak. Cuma persoalannya sekarang ni sebesar mana sejarah yang mampu PAS catat. Mungkinkah PAS berjaya menghantar wakil ke Sidang Dun Sarawak, moga-moga cita-cita tu dikabulkan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...