Berita yang aku tunggu dari portal MohamadSabu.com | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 29, 2011

Berita yang aku tunggu dari portal MohamadSabu.com


NASIHAT MENANGGUH MAJLIS PELANCARAN FACEBOOK KELAB MOHAMADSABUDOTCOM.

29 April 2011.


Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli facebook Kelab MohamadSabuDotCom yang bercadang untuk menganjurkan Majlis Pelancaran Facebook Kelab MohamadSabuDotCom dalam usaha menyemarakkan perjuangan menuntut dan memulih Demokrasi di Malaysia.

Ingin saya menjelaskan kedudukan yang sebenar bagaimana boleh terjadinya majlis yang dijadual akan diadakan pada 6 Mei 2011, hari Jumaat jam 8 malam hingga 11 malam di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah Persekutuan/Selangor, Kuala Lumpur.

Facebook KelabMohamadSabuDotCom bukanlah facebook peribadi saya, tetapi ia adalah facebook yang diwujudkan oleh rakan-rakan dan peminat tanpa mengira kaum dan parti diseluruh negara atas persetujuan dari saya, saya telah difahamkan mereka telah mempunyai Jawatankuasa Penaja mereka yang tersendiri dan akan berusaha mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan selepas majlis perlancaran nanti. Wallahu aklam.

Rakan-rakan facebook ini telah menghubungi saya melalui Sdr Amir Roslan untuk membuat Majlis Hi-Tea bagi menemukan mereka sekitar 100 orang di alam realiti dan seterusnya menjemput saya sebagai tetamu undangan kononnya sebagai ’Ikon Penggerak Rakyat’ dalam menuntut dan memulihkan demokrasi. Saya bersetuju dengan cadangan mereka dan memberi tarikh pada 18 April 2011 jam 4.00 petang. Namun atas alasan ramai rakan-rakan mereka terlibat dalam pilihanraya Dun Sarawak, termasuk saya sendiri, mereka meminta satu tarikh lain kepada saya dan saya berikan tarikh baru pada 6 Mei 2011.

Setelah tarikh tersebut diperolehi dari saya, rakan-rakan facebook Kelab MohamadSabuDotCom telah menghebahkan melalui jaringan mereka samada melalui facebook dan blog-blog dan disiarkan oleh akhbar eletronik dan cetak mengenai program tersebut. Saya juga dimaklumkan Majlis tersebut diubah dari sekitar 100 orang rakan-rakan facebook mereka sahaja kepada secara besar-besaran pula dengan kehadiran di jangka 3,000 hingga 5,000 orang dengan menjemput pimpinan PAS, PKR dan DAP, NGO , wartawan, blogers dan seluruh lapisan masyarakat.

Apabila dimaklumkan begitu, saya menjadi serba salah samada perlu Majlis itu diteruskan atau tidak, ini memandangkan sekarang adalah musim pemilihan bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS), ia telah ditonjol seolah-olah menjurus kepada cara kempen saya untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Oleh itu, saya telah memutuskan menasihatkan agar Majlis Pelancaran Facebook Kelab MohamadSabuDotCom oleh rakan-rakan facebook Kelab MohamadSabuDotCom ditangguh ke satu tarikh selepas Muktamar Tahunan PAS Pusat, demi mengelak salah faham dan mengekang budaya yang dilihat tidak sihat dan tidak boleh diterima oleh ahli-ahli PAS.

Sidang akhbar itu saya lakukan untuk, memudahkan pihak rakan-rakan facebook Kelab MohamadSabuDotCom menjawab kepada seluruh jemputan bahawa penangguhan bukan daripada mereka, tetapi dari tuan tubuh iaitu saya sendiri Mohamad Sabu.

Saya sekali lagi memohon berbanyak kemaafan, kerana kemungkinan rakan-rakan facebook tersebut telah membayar deposit dewan, menempah jamuan, kad jemputan dan sebagainya dan sahabat-sahabat blogers yang telah mewar-warkan program serta para jemputan yang telah memberikan peruntukan masa untuk hadir ke majlis tersebut.

Saya amat memahami hasrat dan tujuan asal rakan-rakan facebook Kelab MohamadSabuDotCom hanyalah untuk berjumpa dan mengenali antara satu sama lain dan selepas itu mendengar pandangan saya secara realiti demi untuk memperjuangkan pemulihan demokrasi di Malaysia yang kita cintai ini. Kepada mereka semua teruskan perjuangan melalui jaringan maya sehingga demokrasi benar-benar dapat dipulihkan dan Pakatan Rakyat mampu mentadbir Malaysia.

IsyaAllah, jika tidak apa-apa keuzuran kita akan sama-sama realitikan rakan facebook Kelab MohamadSabuDotCom dari alam maya ke alam realiti pada masa yang sesuai.

Hj Mohamad Sabu

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Komen aku:
Takdak apa nak komen dah, cuma nak aku ucapkan terima kasih kepada Bang Mat Sabu atas tindakan tu.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...