Teruknya Zambry ni... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 30, 2011

Teruknya Zambry ni...

MalaysianInsider melaporkan:

IPOH, 29 April — Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kesal dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kerana menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah firma dari Hong Kong tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.
 
Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada semua agensi kerajaan negeri agar memaklumkan butiran perjanjian yang ditandatangani.

“Saya nak bagi amaran juga kepada (semua) agensi supaya sebarang bentuk MoU yang hendak dibuat hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

“Walaupun mereka anggap ini bukan merupakan satu yang terikat dengan undang-undang, maksudnya bukanlah satu benda yang akan dilaksanakan,” kata beliau (gambar) dipetik Bernama Online hari ini.

Tambah beliau, walaupun hanya sekadar bentuk persefahaman, namun perkara-perkara yang sensitif dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada kerajaan negeri.IPOH, 29 April — Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kesal dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kerana menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah firma dari Hong Kong tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. - TMI.

Berita ni menunjukkan 2 kemungkinan.

Kemungkinan pertama, Zambry menang tak tau langsung pasai MOU ni. Kalau betul macam tu, nampak sangat Zambry ni teruk di mata pegawai-pegawai kakitangan kerajaan negeri Perak.

Takkan depa taktau benda-benda sensitif macam ni memang sepatutnya dibagitau kepada pejabat menteri besar. Kalau tak bagitau kepada pejabat menteri besar pun, takkan pejabat Exco yang berkaitan pun tak dibagitau jugak.

Nampak sangat pegawai-pegaweai kerajaan berkenaan sangat tak respek kepada pentadbiran Zambry sebagai Menteri Besar. "Tak payah bagitau pun tak pa, yeop sekor tu bukan tau apa pun" Mungkin tu yang ada dalam kepala depa.

Kemungkinan kedua, Zambry atau Ecxo yang berkenaan tau sangat pasai MOU ni. Cumanya bila nampak kesan publisiti buruk hasil MOU ni diketahui ramai, Zambry berlakon dia taktau apa-apa dan cuba kambinghitamkan pegawai kerajaan.

Dari 2 kemungkinan tu aku pilih untuk percaya kemungkinan kedua. Takkan la benda yang besar macam tu langsung tak sampai berita kepada pejabat Menteri Besar. Tak logik langsung.

Jadinya aku harap sangat ada pegawai kerajaan yang berani yang akan bocorkan cerita sebenar pasai MOU ni.

Ataupun, ada kemungkinan jugak benda MOU ni adalah hasil muslihat musuh politik Zambry umtuk cantas Zambry. Kalau betul macam tu, memang puak-puak tu berjaya. Tentu punya orang Umno sendiri akan turut marah kat Zambry. Kalau tak marah pun tentu depa sikit sebanyak meragui kepimpinan Zambry sebagai MB yang boleh dilihat sebagai "hilang kawalan" ke atas kakitangan kerajaan negeri Perak.

Nasib baik la MOU ni dah dibatalkan. Benda-benda berisiko tinggi ni memang tak patut dilaksanakan, tambah-tambah pulak oleh kerajaan negeri pimpinan Umno BN yang memang terkenal dengan salahguna kuasa dan rasuah.

Kalau dah boleh salah guna kuasa dan rasuah ni apa pun boleh berlaku. Puak-puak yang biasa dengan rasuah ni, jual negeri pun depa sanggup kalau kena dengan harganya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...