Kempen tubuh kelab penyokong Mat Sabu - Perlu sangat ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 21, 2011

Kempen tubuh kelab penyokong Mat Sabu - Perlu sangat ka?

Malaysiakini melaporkan:
Kempen itu kini giat berjalan menerusi laman sosial Facebook yang turut mengumumkan - Kelab Mohamad Sabu Dot Com - bakal dilancarkan pada 6 Mei depan.

Pemilihan PAS yang dijadual berlangsung Jun ini semakin menarik apabila wujudnya kempen untuk menubuhkan kelab penyokong Mohamad Sabu yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PAS.

Kempen itu kini giat berjalan menerusi laman sosial Facebook yang turut mengumumkan - Kelab Mohamad Sabu Dot Com - bakal dilancarkan pada 6 Mei depan.

Paparan laman sosial itu turut mengumumkan pelancaran kelab itu akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSAH) pada jam 8 malam.

Kempen Facebook itu juga kini giat mempromosi untuk mengumpul individu yang berminat untuk menjadi ahli kelab tersebut. Mereka boleh mendaftar melalui laman sosial tersebut.

Ini adalah kali kedua Mohamad menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Dalam pemilihan parti dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Datuk Husam Musa.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad Sabu pula memperolehi 261 undi.

Tokoh aktivis yang popular sebagai 'Abang Mat' itu kini layak untuk bertanding jawatan tersebut selepas mendapat tiga pencalonan dari Kubang Kerian, Bukit Bintang dan Muar.

Mohamad Sabu dilapor menawarkan diri bertanding jawatan tersebut bagi membantu presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Mohamad yang pernah ditahan di bawah ISA, juga mahu membantu Abdul Hadi memperkukuhkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan NGO dengan melaksanakan tindakan politik bersama-sama untuk kepentingan rakyat. - Mkini.   
Aku tak berapa pasti pasai apa kempen ni dibuat. Apa objektif kempen ni dibuat?
 
Kalau kempen ni dibuat untuk kempen Mat Sabu sebagai calon Timbalan Presiden bagi aku tak perlu dan mungkin tak berapa nak kena kalau pun mungkin tak 'makan tuan."

Pasainya, aku yakin, sampai saat ni pun, budaya "melobi" masih lagi jadi taboo dalam PAS. Malah ramai yang berpendapat, calon yang berkempen sampai dilihat "meminta-minta jawatan" akan ditolak.

Kempen manager untuk Mat Sabu (kalau ada) kena tengok dari sudut kesan kempen ni kepada perwakilan muktamar agung. Jangan jadi sekadar syok sendiri dan lebih penting lagi, jangan jadi 'senjata makan tuan.'

Aku malas nak ulas panjang-panjang cumanya aku harap idea penubuhan "Kelab Mohamad Sabu Dot Com" dah cukup masak dibincangkan.

Jangan sampai Mat Sabu kalah kerusi Timbalan Presiden pasai kelab ni dah la.

Gambar hiasan yang takdak kena mengena langsung kecuali bagi golongan BANGANG

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...