Aku dah daftar tapi nama tak masuk pun!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 28, 2011

Aku dah daftar tapi nama tak masuk pun!!!

Bagi yang terlepas pandang, hari ni dah mula tempoh 7 hari untuk semakan dan bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku pertama Tahun 2011.

Aku cuma nak ingatkan sapa-sapa yang mendaftar tahun ni sehingga 31 Mac 2011, mintak tolong semak. Kena pastikan nama hangpa masuk. Boleh semak online kat link di bawah:


Apa nak buat kalau nama hangpa takdak? Jangan panik, mula-mula sekali semak dulu dalam daftar induk sediada. Boleh semak online kat link

Kalau nama hangpa ada kat situ maknanya nama hangpa sebenarnya dah pun masuk dalam daftar pemilih. Mungkin ada sapa-sapa tolong daftar lebih awal lagi. Tak kira la sapa tolong daftar pun, yang pentingnya hangpa dah boleh mengundi.

Kalau nama takdak jugak, apa nak buat?

Kalau hangpa mendaftar melalui pejabat pos atau pejabat SPR, hangpa tentu ada salinan borang yang depa bagi. Bawak salinan tu ke pejabat SPR terdekat untuk buat TUNTUTAN.

Kalau hangpa daftar melalui penolong pendaftar parti, hangpa kena pi jumpa balik depa. Depa akan mesti kena tolong hangpa buat TUNTUTAN tu.

Penting jugak kena ingat, TUNTUTAN tu kena dibuat sebelum 4 Mei. Maksudnya borang tuntutan tu kena sampai ke meja pejabat SPR sebelum 4 Mei.

Bukan saja bagi yang baru mendaftar, yang nama dah ada dalam daftar dan dah pernah mengundi pun kena semak jugak nama dalam daftar rang tu. Kalau nama hangpa takdak dalam rang tu dan bila semak dalam Daftar Induk ada nama hangpa, maksudnya takdak apa-apa la, hangpa boleh mengundi.

Tapi kalau bila semak dalam Daftar Rang nama hangpa ada, hangpa kena ambik tindakan. Kat dalam tu dia akan keluar status macam kat bawah.

Apa nak buat?

Yang paling baik kalau boleh pi terus ke mana-mana pejabat SPR. Selain tu aku lebih cadangkan hangpa jumpa aktivis parti yang uruskan pendaftaran pengundi baru. Depa patutnya tau apa yang patut dibuat untuk proses BANTAHAN.

Jangan bila nak mengundi terkejut pulak tiba-tiba tak boleh mengundi atau berubah daerah mengundi. Kalau takat berubah tempat tak ralat sangat tapi kalau sampai nama takdak satu hapa pun tak guna.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 27 April – Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mencatatkan peningkatan jumlah mereka mendaftar sebagai pemilih baru – lebih 300,000 orang mengemukakan permohonan pada suku pertama tahun ini.

Angka itu mengatasi lima suku terakhir sebelum ini dan mengalami peningkatan peningkatan ketara.

Ia juga dua kali ganda lebih tinggi berbanding suku pertama tahun lalu.

Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku pertama tahun 2011 iaitu dari Januari hingga Mac, SPR menerima 301,171 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 59,075 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Nama-nama baru itu akan dipamer di bawah Rang Daftar Pemilih tambahan bagi suku pertama tahun 2011 untuk semakan orang ramai mulai esok hingga 4 Mei, kata Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said.

Ia akan dipamerkan di 1,005 tempat di seluruh negara iaitu 15 Pejabat Pilihan Raya Negeri; 475 Pejabat Pos Berkomputer; 105 kompleks/pejabat kerajaan; 156 Pejabat Daerah/Pejabat Tanah; 51 majlis daerah/perbandaran; 173 dewan serbaguna/rukun tertangga/balai raya/ penghulu atau dewan; dan 30 di tempat-tempat lain.

“Orang ramai yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang memohon pertukaran alamat pusat mengundi, dinasihat membuat semakan,” katanya.

Perangkaan dikeluarkan SPR sebelum ini menunjukkan seramai 292,444 orang memohon mendaftar sebagai pengundi baru antara Oktober dan Disember lalu berbanding 246,962 orang antara Julai dan September lalu.

Pada suku pertama Januari hingga Mac 2010, SPR menerima 134,298 permohonan baru dan ia meningkat kepada 191,970 sepanjang April dan Jun.

Arah aliran peningkatan jumlah permohonan baru itu sama dengan situasi pada 2007 di mana ia mengalami peningkatan ketara menjelang pilihan raya umum ke-12, yang berlangsung pada suku pertama tahun 2008. - TMI.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...