Lagi peringatan bangang dari SPR 'si anjing Umno' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 16, 2011

Lagi peringatan bangang dari SPR 'si anjing Umno'

mStar melaporkan: 
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta ejen atau wakil parti bertanding supaya tidak mengganggu petugas-petugas SPR ketika proses pengiraan undi untuk mengelak berlakunya kelewatan pengumuman keputusan pilihan raya negeri Sarawak esok.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ejen dan wakil parti dijemput menjadi saksi dalam bilik mengira undi iaitu undi biasa atau undi pos tetapi yang berkuasa adalah ketua tempat mengundi.

"Wakil parti hanya saksi. Jangan mengganggu melampau sangat kepada petugas-petugas SPR. Mereka boleh buat bantahan tetapi kena munasabah. Jadi bagi pilihan raya Sarawak, hanya seorang ejen parti bertanding dibenarkan masuk. - mStar
Apa lah nasib Malaysia ni, yang jadi pengerusi SPR pun bermentaliti BANGANG. buat kerja untuk BN.

Sebagai pengerusi SPR yang mengaku bersih dan adil patutnya dia risau pasai keadilan untuk semua. Patutnya  pengerusi SPR ni ulas panjang pasai insiden di Sibu yang dilaporkan ada video jelas menunjukkan ada pihak yang nak menipu undi pos. Tapi sampai hari ni aku tak jumpa ulasan dari SPR bab tu. Tiba-tiba si bangang ni sibuk risau pasai takut umum keputusan lewat.


Kononnya lewat pasai petugas Pakatan Rakyat banyak sangat komplen. Dia ingat semua rakyat lupa macamana keadaan masa malam hari mengundi PRU12 dulu. Pukul berapa semua keputusan keluar terutama sekali untuk kerusi yang Pakatan Rakyat menang.

Kalau yang tengok keputusan kat TV lagi celaka, masa awal tu semua yang diumumkan calon BN yang menang. Yang calon BN kalah kebanyakkannya depa umum lewat. 
 
Yang lambat umum tu pasai apa? Takkan pasai calon yang menang buat bantahan yang tak munasabah. Takkan kut ada yang gila membantah sampai macam tu, dah menang pun sibuk nak buat bantahan sampai keputusan lambat boleh diumum.

Lagi satu, kalau tak mau kena komplen patutnya dia kena pastikan semua pegawai yang bertugas sebagai SPR buat kerja secara adil. Buat kerja untuk kepentingan rakyat bukan marah kat orang yang komplen.

Lagi pun, boleh kata semua yang jadi ejen parti Pakatan Rakyat semuanya dah ada kursus khas. Depa bukan komplen membabi buta. Depa tau peraturan. Silap-silap depa tu lebih tau pasai undang-undang pilihanraya daripada ketua Tempat Mengundi.

Puak-puak yang jadi ejen tu biasanya yang dah cukup pengalaman dalam berpilihanraya. Tambah-tambah pulak kalau yang yang bertugas sebagai ejen masa PRN Sarawak nanti dari Semenanjung. Tentu punya yang depa-depa tu ahli dalam bab pilihanraya. Buku undang-undang pilihanraya tu dah berpuluh kali depa khatam.

Jangan la pulak ada counting agen yang lemah lutut dengan amaran dari SPR 'si anjing Umno' ni dah la.

Apa-apa pun, selamat mengundi untuk penduduk Sarawak yang tersenarai sebagai pengundi. Tak kira di mana pun anda mengundi, jangan sekali-kali mengundi calon BN.

Untuk pengundi Beting Maro, Sebuyau, Sedong Jaya, Muara Tuang dan Tanjong Datu, calon PAS sangat mengharapkan undi anda. 1undi anda amat bermakna.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...