Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan ketua parti itu di Sarawak, Baru Bian untuk memilih hanya calon-calon yang berintegriti tinggi pada pilihan raya negeri yang bakal menjelang.Harap-harap janji Anwar untuk tak lagi pilih calon yang tak boleh pakai macam masa sebelum PRU12 dulu bukan sekadar janji kosong.
Pada ucapannya yang bersemangat pada konvensyen PKR di Batu Kawah, berhampiran Kuching, Anwar berikrar akan menolak calon yang tidak berwibawa.
Katanya, pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman tetapi aspek yang penting perlu diambil kira adalah kebolehan mereka memimpin negara dan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat. - Mkini
Pada aku tak cukup kalau Anwar setakat arahkan Baru Bian untuk pilih calon. Aku mengharapkan PRK ada satu makanisma untuk pastikan calon-calon yang akan dipilih nanti bukannya bakal berudu.
Pasainya, pilihanraya Sarawak sangat siknifikan kepada politik Malaysia selepas ni, terutama sekali menjelang PRU13 (kalau PRU13 tak dibuat sekali dengan PRU Sarawak.)
Pasainya, tak kira, kalau pun cuma beberapa orang saja calon PRK yang menang di Sarawak nanti, tentu punya kuncu-kuncu Taib Mahmud akan cuba nak beli. Tentu punya Najib akan arahkan Taib Mahmud untuk beli wakil rakyat PRK.
Kalau berjaya walaupun sorang wakil rakyat PRK di Sarawak yang melompat keluar, dah cukup untuk mencalarkan lagi reputasi Anwar khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Walau macamana pun, aku sangat bersimpati dengan Anwar dalam hal ni. Pasainya bukan mudah nak kesan bakal berudu dalam PKR. Tambah-tambah lagi di Sarawak yang suasana politiknya tak sama dengan di Semenanjung.
Mana ada negeri lain di Malaysia ni yang parti komponen Barisan Nasional sebanyak tu. Tah ada berapa, aku pun malas nak semak. Maksud aku, walaupun mungkin depa tak berapa nak suka dengan Taib Mahmud tapi depa sanggup bersama BN pasai nak sama-sama jadi parti pemerintah.
Kecuali la kalau PKR boleh cari kaedah yang cukup ampuh macam yang PAS ada.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis