Perubahan tempat Rapat Umum | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mac 12, 2011

Perubahan tempat Rapat Umum

Macam yang aku tulis sebelum ni kat sini, hujung minggu ni ada ceramah kat tempat aku. Tak lama lepas aku post posting tu, ada yang hantar SMS ajak tampal postar pemberitahuan, ubah tempat ceramah.

Katanya, polis tak mau bagi permit kalau ceramah tu dibuat di Dataran Purnama. Tah apa alasan aku tak tau, lupa nak tanya. Polis cadangkan ubah tempat ke Markaz Titi Serong.

Katanya depa-depa yang kat atas dah mesyuarat dan dah buat keputusan nak teruskan jugak program ceramah tu di Dataran Purnama. Katanya, depa-depa yang kat atas tu dah bagi akujanji, apa pun yang bakal terjadi dengan polis depa sanggup tanggung. (huh)

Tapi tak lama lepas tu, katanya DPP sebagai penganjur ceramah tu ambil keputusan, ubah tempat ke Markaz Titi Serong. Bukan pasai takut dengan polis, tapi lebih kepada langkah berjaga-jaga. Pasainya, dalam dua-tiga hari ni memanjang hujan lebat. Kalau hujan memang tak sesuai kalau nak buat di Dataran Purnama. Dah nama dataran, memang takdak bumbung. Kesian kat orang yang dengar ceramah.

Kalau buat di Markaz Titi Serong. kalau hujan pun tak berapa ada masalah, pasainya ada dewan berbumbung. Memang la tak besar mana dewan kat Markaz tu tapi boleh la takat nak tampung orang yang sanggup hadir jugak ceramah walaupun hari hujan.


Nota kaki makan cekam:  PAS Kawasan Parit Buntar masih lagi setia mintak permit polis untuk buat ceramah walaupun di dalam kawasan markas PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...