SPR meneruskan aksi 'si anjing Umno' (dibantu ROS) - updated | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 30, 2011

SPR meneruskan aksi 'si anjing Umno' (dibantu ROS) - updated

Bernama melaporkan: 
SIBU: Hanya calon parti yang bertanding pada pilihan raya Sarawak 16 April ini sahaja yang dibenarkan memasang logo, bendera serta sepanduk di kawasan yang ditandingi mereka, demikian ditegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya. 

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata parti yang tidak bertanding tidak boleh mengambil kesempatan memasang logo dan bendera parti mereka bersama-sama parti bertanding.

"Hanya calon parti yang bertanding membayar deposit bagi pemasangan poster, banner (sepanduk) dan bendera. Oleh itu, parti lain tidak boleh sewenang wenangnya tumpang pasang bahan kempen," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya Zon Sibu di sini.
 
Sebagai contoh, beliau berkata sekiranya calon DAP bertanding di satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), parti lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak dibenarkan memasang bendera, poster serta sepanduk masing-masing walaupun dalam satu pakatan pembangkang. - mStar
Takdak apa yang nak terkejutnya dengan peraturan SPR ni, peraturan ni bukan peraturan baru. Dah berapa kali PRK sebelum ni SPR dah kuatkuasa peraturan ni. SPR cuma teruskan peraturan berciri 'si anjing Umno' ni.

Aku yakin, Pakatan Rakyat akan ikut jugak peraturan ni. Mungkin la kut takat bising sana sini tapi tak berani depa nak langgar. Macam PRK sebelum-sebelum ni, walaupun cakap berdegar-degar dalam ceramah tapi kesudahannya semua ikut.

Cumanya, aku nak tau jugak, apa cerita dengan pendaftaran Pakatan Rakyat. Kalau pendaftaran Pakatan Rakyat dah diluluskan peraturan ni tak relevan lagi dah.

Sebelum Saifuddin Nasiotion ada bagitau yang permohonan tu sangkut pada menteri. Katanya ROS takdak halangan cuma tunggu clearance dari menteri dalam negeri.

Yang aku herannya sampai hari ni tak ada dengar pun komen dari menteri tu. Takkan boleh Hishamuddin boleh nak buat diam, buat-buat tak dengar kalau ada yang tanya. Takkan takdak langsung yang tanya kat dia.

Aku yakin kalau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang tanya kat menteri tu, tentu dia jawab punya. Dan menteri tu dah takdak alasan dah melainkan kena bagi clearance untuk permohonan tu. Atau pun mungkinkah pimpinan Pakatan Rakyat tak serius dengan benda ni.

Aku harap pada sidang parlimen kali ni, ada yang tergerak hati bangkitkan benda ni. kena tekan betul-betul Kementerian Dalam Negeri, kena tanya depa bila nak luluskan permohonan tu. kena pastikan permohonan tu lulus sebelum PRU13. Biar sampai tergagap Hishamuddin nak menjawab.

Lagi satu cara yang boleh dibuat, Bersih 2.0 boleh masukkan perkara macam ni dalam tuntutan Bersih kali ni. Bersih kena berkeras dengan SPR berkenaan peraturan yang takdak dalam Akta SPR macam ni. Tak sepatutnya SPR boleh suka-suka buat peraturan macam ni.

Kalau nak jugak kuatkuasakan peraturan macam ni, kena buat pindaan dalam akta, kena bentangkan dan diluluskan dalam parlimen baru boleh kuatkuasa.

Updated

Keadilandaily melaporkan:
SHAH ALAM: Sikap pilih kasih Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak meluluskan penubuhan Pakatan Rakyat tetapi memberi layanan istimewa kepada parti Kesejahteran Insan Tanah Air (Kita) sedangkan proses permohonan kedua-duanya datang dari individu sama – Datuk Zaid Ibrahim, dipersoal.

Mencelah pada sidang Dewan Negeri Undangan (DUN) Selangor, Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata permohonan menubuhkan Pakatan Rakyat dihantar dua tahun dulu tapi tidak diluluskan ROS sehingga kini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Gombak, sebaliknya berkata ROS meluluskan permohonan parti Kesejahteran Insan Tanah Air (Kita) hanya dalam masa seminggu.

“Parti Kita, hantar seminggu terus lulus. Tapi kami(Pakatan Rakyat) sudah dua tahun hantar, sehingga sekarang masih tidak diluluskan lagi. ROS tidak berlaku adil dalam meluluskan permohonan itu kerana mengikut telunjuk Umno. - Keadilandaily

Sumber image: AMK Batupahat

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...