Lagi karenah Nazri | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 30, 2011

Lagi karenah Nazri

mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Trio Datuk 'T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.

Bagaimanapun, mereka boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi sekiranya berlaku pertuduhan bersabit dengan video seks itu selepas siasatan dilakukan.
  
"Apabila seseorang itu telah memaklumkan atau menzahirkan kepada awam bahawa dialah yang telah memberikan maklumat itu, maka akta itu (Akta Pemberi Maklumat) tidak boleh dipakai lagi ke atasnya," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Rabu.

"Sesiapa sahaja yang pergi kepada akhbar atau menzahirkan kepada akhbar tentang maklumat, maka tidak boleh dilindungi. Maka apa yang saya katakan sebagai 'kemungkinan' sebelum ini, tidak lagi boleh dipakai," katanya.

Semalam, Mohamed Nazri berkata trio Datuk 'T' yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim akan dilindungi di bawah kedua-dua Akta berkenaan sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes. - mStar
Nampak sangat kemarin dulu tu dia main belasah ja jawab. Aku yakin, ada mamat yang belajar undang-undang kesian kat timbalan menteri ni, bagi nasihat kat dia.  Pasai tu la jawapan dia kali ni nampak kemas sikit.


Tapi yang aku mushkilnya, nak bagi perlindungan pasai apa. Nak lindungkan dari siapa sebenarnya. Ada ka yang nak pukul datuk "the three stooges" ni. Berapa orang dah selama ni yang kena belasah pasai kes-kes macam ni.

Lagi satu yang aku herannya, pasai apa la Nazri ni kalut sangat nak bagitau orang ramai pasai boleh tak boleh nak lindundi depa ni. Dia ni nak 'please' sapa ni sebenarnya. Takkan dia nak 'please' Najib kut pasai awal-awal lagi dah Najib kata dia tak terlibat langsung dalam skandal video lucah ni.
 
Takkan dia nak 'please' PERKASA cara ni pulak kut... tak berapa nak sesuai la...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...