Sapa kata elektrik dari nuklear lebih murah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 21, 2011

Sapa kata elektrik dari nuklear lebih murah?

Aku pun macam hampir semua orang, sebenarnya kita taktau sangat pasai nuklear ni. Apa yang kita tau pun cuma sekadar apa y ang dibagitau kepada kita. Kalau orang kata elektri dari nuklear paling murah  kita pun kata paling murah la. Pasainya memang ada logik dari penjelasan depa.

Tapi, yang jelasnya, semua orang setuju yang nuklear ni memang berisiko tinggi. Bab selamat atau tak tu bergantung kepada macamana kita mengedalikan bahan radio aktif tu untuk mengelak dari berlaku kebocoran.

Kalau tak berlaku kebocoran memang selamat, tapi dah kalau berlaku kebocoran apa pun tak boleh buat dah, kena tanggung akibat saja la, tak kira la berapa ratus tahun pun.

Tapi, laporan akhbar hari ni kata macam lain pulak. Harakah melaporkan:
Kenyataan para pemimpin Umno BN yang mengatakan negara perlu melibatkan diri dalam pembinaan nuklear bagi mendapatkan bekalan elektrik yang lebih murah, ternyata amat tidak berasas.

Sebaliknya, negara terpaksa mengeluarkan belanja lebih besar dan mengalami kerugian berlipat kali ganda jika memajukan tenaga nuklear dan membina empangan besar seperti yang dirancangkan itu, memandangkan Malaysia amat kaya dengan sumber-sumber tenaga lain.

Pakar sains dan nuklear, Ahmad Bungsu Hamid Tuah menegaskan, beliau bersedia berdebat dengan mana-mana pihak di Malaysia dan juga dari luar negara berkaitan tenaga nuklear termasuk berhubung perkara itu.

Menurut beliau, untuk memajukan tenaga nuklear memerlukan kos yang amat tinggi termasuk yang melibatkan pembinaan power stesyen, kos penyelenggaraan yang melibatkan gaji-gaji pakar yang cukup tinggi, kos keselamatan, kos penghantaran bahan buangan atau radioaktif ke negara lain.

Katanya, selain itu, kita juga terpaksa menanggung belanja yang besar bagi kos sewa tempat parking sepanjang kenderaan yang menghantar bahan radioaktif itu berada di negara terbabit dalam tempoh masa yang cukup lama, di samping kos keselamatan terhadapnya.

"Apabila cukup tempoh 60 tahun pula, kilang-kilang yang dibina itu mesti dimusnahkan dan dibina yang baru, sedangkan untuk memusnahkan kilang-kilang itu memerlukan belanja yang jauh lebih tinggi dari membinanya," katanya ketika ditemui di sini, semalam. - Hrkh
Tapi, nak buat macamana, kuasa ada pada Umno BN. Puak-puak ni bukan peduli sangat dengan nasib rakyat. Yang depa peduli kalau kuasa depa terjejas.

Bab tenaga nuklear ni pun, tentu punya dah ada kroni yang akan dapat untung atas angin. Dah tentu punya ada habuan untuk sebahagian pemimpin-pemimpin Umno.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...