Masalahnya, betul ka tindakan berani dia tu?Aku harap dia dah dapat nasihat dari peguam sebelum dia buat tindakan macam tu.
Kat dalam entry terbaru blog, dia paparkan rakaman audio siasatan yang pegawai SKMM buat ke atas dia. Memang jelas sebijik-sebijik perbualan tu. Tah macamana dia boleh rakam, aku pun mushkil. Takkan pegawai penyiasat tu bagi dia rakam kut.
Menarik jugak rakaman tu, memang patut dengar, mana tau kut-kut lain kali kita pulak yang kena macam dia.
Persoalannya, boleh ka buat macam tu? Tak salah ka tindakan dia buat rakaman tu dan publishkan pulak rakaman tu dalam youtube dan blog? Patut ka dak kita bagi password kita kalau diminta?
Aku harap ada peguam yang berpengelaman kendalikan kes-kes macam ni boleh bagi nasihat. Kalau boleh tolong bagi panduan apa yang patut dibuat kalau kena macam tu.
Pasainya aku rasa ramai penulis blog macam aku yang masih tak berapa nak clear, setakat mana apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Bila dah tak berapa nak clear tu, kemungkinan untuk kena macam Hanief kena tu tetap ada.
Memang cantik kalau ada yang boleh bagi garis panduan apa yang patut dibuat kalau kena macam tu, apa hak-hak orang yang kena siasat dan setakat mana kuasa yang ada pada pegawai penyiasat tu.
Serlain tu perlu jugak tau apa benda maksud dalam seksyen 247, 248 dan 249 tu dan seksyen-seksyen lain dalam akta tu dan jugak akta-akta lain yang berkaitan.
Kalau boleh bagi panduan macam panduan kepada peserta Himpunan BERSIH dulu pun cantik.
Apa pun, tumpanng Hanief dah publishkan audio rakaman tu, elok hangpa dengar. Kalau nak dengar boleh pi dengar kat blog dia ataupun terus ke youtube dia. Tumpang benda tu masih ada, mana tau lepas ni benda tu dibuang, jenuuh pulak nak cari salinan dia.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis