Malaysiakini melaporkan:
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili pada sidang media hari ini berkata kecuali kabinet memutuskan sebaliknya projek nuklear negara akan diteruskan.Aku tak dinafikan, dari sudut ekonomi, memang logi nuklear jauh lebih murah dari logi jenis lain sekarang ni, termasuk logi janakuasa hidro.
Katanya, kerajaan akan memanggil untuk tender tidak lama lagi bagi menilai projek tersebut berhubung saiz, lokasi dan teknologi yang bakal digunakan.
“Jadi, sehingga kabinet memutuskan (sebaliknya), pada pandangan kami, ia menjadi hasrat untuk (meneruskan) tenaga nuklear,” kata Maximus.
Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.
Namun, kata Maximus, jemaah menteri pada mesyuarat mingguannya hari ini tidak membincangkan perkara berkenaan. Mkini
Persoalan yang timbul hari ni, bukan masalah dari sudut ekonomi, tapi dari sudut keselamatan. Sejauh mana terjamin keselamatan logi nuklear tu dari bocor.
Semua orang sedia maklum, akibat buruk kalau berlaku kebocoran radioaktif, bukan saja kesannya sangat teruk tapi juga akan ambil masa yang terlalu lama dan setakat ni takdak cara yang berkesan untuk halang kesan radioaktif kalau dah bocor.
Memang betul, teknologi berkenaan nuklear dah jauh lebih maju kalau dibanding masa berlaku trajedi chernobyl, malah kalau dikira tarikh siap candangan logi pertama di Malaysia yang katanya akan mula beroperasi pada 2021, tentu teknologi lebih maju lagi.
Cumanya sekarang ni bukannya masalah teknologi nuklear tu sendiri, orang ramai lebih risau kemungkinan jadi macam di Jepun. Di jepun, bukan bocor sebab silap teknologi tapi bocor sebab gempabumi dan tsunami.
Memang la Malaysia risiko gempabumi atau tsunami sangat-sangat rendah tapi masalahnya siapa boleh jamin bangunan apa-apa pun boleh selamat. Ada faktor-faktor lain yang boleh sebabkan bangunan logi nuklear tu runtuh dan boleh berlaku kebocoran.
Kalau cerita bab teknologi, tak mustahil, dalam masa 10 tahun lagi, mungkin akan muncul teknologi cara baru untuk menjana elektrik. Tak mustahil cara baru tu lebih murah dari sudut ekonomi dan lebih selamat.
Malaysia, sebenarnya tak terdesak sampai perlu guna teknologi yang berisiko tinggi macam logi nuklear untuk menjana elektrik, sebabnya Malaysia kaya dengan hasil minyak dan gas asli. Bentuk geografi Malaysia pulak sangat sesuai untuk penjanaan elektrik secara hidro.
Mungkin dalam masa terdekat ni, Malaysia patut arahkan para saintis kita untuk kaji macamana nak bagi logi hidro lebih cekap dan boleh menjana lebih elektrik berbanding sekarang.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis