Apa cerita Muhaimin Sulam (bekas KP Perak) sekarang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 11, 2011

Apa cerita Muhaimin Sulam (bekas KP Perak) sekarang

Lama tak jumpa member sorang ni. Nak kata member tak la berapa member sangat, tah dia ingat aku ka dak pun aku taktau. Takat klenal muka saja kut.

Dia ni antara pemimpin muda yang aku respek, terutama sekali masa dia pegang DACS (Department Art , Culture & Sport) di bawah DPP Pusat. Bukan calang-calang orang yang berani macam dia, berusngguh-sungguh berusaha nak buat konsert, satu program yang sebelum ni dilihat taboo dalam PAS.

Aku tak boleh lupa kenangan dengan dia buat program ziarah kat Kampung Tebuk Tok Jaya. Hajatnya nak kempen orang masuk pas tapi sekudahannya teruk kena belasah dengan sorang PakLong yang karat Umno berkarat. Jenuh jugak la dia bersilat bertepis hujjah. Tapi nak hujjah apanya dengan orang tahap Paklong yang karat Umno.

Lama member ni 'hilang' dalam peta politik Malaysia, bukan melarikan diri, cuma berehat sekejap pasai melanjutkan pelajaran ke UK. Sekarang dah balik dengan PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik.

Kepada yang nak dengar ceramah Dr. Muhaimin Sulam ni boleh la mai Parit Buntar ke program Rapat Umum macam poster kat bawah ni.

Kalau dia boleh baca sajak masa ceramah tu, menarik jugak.


Updated : Tempat ceramah di ubah ke MARKAZ TARBIAH KAWASAN PARIT BUNTAR,  TITI SERONG

Nota kaki makan cekam:  Agak=agak hangpa, dia dah kerat ka rambut 'rockers' dia tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...