Pagi Ahad (13022011) yang damai, dengan langit bersih, usai subuh saya memesrai buku PALESTIN TIDAK PERNAH GENTAR. Sebetulnya buku itu telah habis saya telaah tahun lepas. Cuma membuat sedikit kajian tentang provokasi ke Atas Kuasa-kuasa Dunia Bagi Merealisasikan Kepentingan Yahudi dan Pembongkaran Protokol-protokol Yahudi...
Kemudian ke pasar membeli dan menontot pergelutan hidup manusia untuk nasi dan lauk hari ini. Segalanya selesai, Alhamdulilah dengan baik dalam perlindungan dan keselamatan peliharaan Allah. Selepas menghantar semua bekalan yang perlu ke rumah, saya keluar semula untuk menghantar kereta dicuci.
Sedang kereta saya dicuci, datang pula salah seorang kontraktor didaerah kecil ini, yang saya pasti telah begitu lama bergelumang dengan politik berasaskan nasionalis. Mana mungkin saya dan dia tidak mengenali. Sewaktu zaman ’susah’ selepas SPM, saya pernah bekerja dengannya menanam rumput dengan gaji RM12 sehari di kawasan Petronas Jalan Segamat – Kuantan.
Mulanya kami berjabat tangan dan bertanya khabar tentang keluarga masing-masing. Jarak usia kami memang agak jauh, saya 30-an dan dia pula telah 50-an. Entah bagaimana perbualan kami boleh menyimpang kepada politik, bila membuka isu pilihanraya kecil dari Tenang, belum selesai Merlimau, Melaka, sudah ke Kerdau, Pahang.
"PAS paling solid, kebanyakan orang percaya kepada PAS, masalahnya DAP ada kat situ?" Matanya yang agak keruh merenung saya.
Saya jawab dengan tenang "Kita kena lihat pola politik di Malaysia, kita ada banyak kaum. Kalau abang nak PAS bertanding sendiri, ertinya sampai bila-bila Insyallah BN akan menang. Kekuatan PAS dari segi Istiqamah, semangat juang, ikhlas, jujur diakui oleh semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir. Tun pernah kata PAS lebih kuat dengan sifat juang dan tidak mengharapkan wang berbanding UMNO. Ini kenyataan pemimpin UMNO."
"Jadi kalau abang akui PAS bagus, apa yang hendak ditakutkan dengan DAP. Tiada bezanya dengan MCA, mereka juga memperjuangkan kaum Cina. Analoginya beginilah, cuba UMNO keluar dari Barisan Nasional dan bertanding sendiri, saya nak tanya, adakah abang yakin UMNO boleh menang dan memerintah Malaysia?" Dia terdiam memandang wajah saya seketika kemudian tunduk memandang tanah.
"Kita tak nak kuasa politik kita terlepas kepada Cina!" Tuturnya agak perlahan.
"Baik! Abang pernah baca tentang perjuangan PAS tak? PAS tidak pernah kata, kita nak ubah perlembagaan. Jauh sekali mahu mengkhianati bangsa sendiri. Mereka yang menerajui kepimpinan PAS pun bukanlah orang yang bodoh bang!"
"Nik Aziz pernah memaklumkan selepas pilihanraya umum 2008 apabila orang Melayu dimomokkan selepas BN tumbang di 5 negeri. 'Kita ikut perlembagaan, mana hak istimewa orang melayu, tak boleh disentuh oleh kaum lain.' Di samping kita mengambil pendekatan adil untuk semua makhluk di Malaysia ini. Apa abang fikir suatu perkara yang mudah untuk mengubah perlembagaan. Bukan mudah bang!. Apa masalahnya?"
"Rasa...... pada pilihanraya umum akan datang, siapa akan menang?" Dia mengubah topik dengan menguji saya.
Baca seterusnya di blog Pujangga Seni
Kenapa PAS bekerjasama dengan orang kafir
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis