Antara lain kenyataan Nazri Aziz dalam wawancara tu macam yang Roslan SMS tulis:
MIC – tidak patut diberikan peluang bertanding lagi di Perak. Akibat kekalahan parti India itu di 6 kerusi DUN Perak, BN hilang kuasa di negeri berkenaan. Oleh itu katanya jika PM Najib mahukan Cuma calon yang berupaya menang, maka semua kerusi MIC Perak itu perlu diserah kembali pada Umno
MCA – menurut terjemahan akhbar berbahasa Inggeris: “.........aggrieved women and a wife who complains all day long that she was being abused but yet does not want to divorce her husband” (Seorang wanita yang bermasalah dans eorang isteri yang saban hari mengadu yang ia didera suaminya namun tidak mahu menuntut cerai). Dalam erti kata lain MCA terlalu celupar mulutnya mengkritik Umno dan BN, sepatutnya ia keluar sahaja dari BN!
Gerakan – hanya ada kekuatan di peringkat Pusat tetapi tiada kekuatan akar umbi. Maksudnya setelah tewas dalam PRU ke 12 khasnya di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, Gerakan sudah pupus meninggalkan cuma pemimpinnya diperingkat Pusat. - N32
S Veerasingam, Pengerusi MIC Perak belasah balik Nazri dengan kata, walaupun Nazri tu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, cakap Nazri ia tidak mencerminkan pendirian rasmi BN. Kenyataan Nazri itu bukan dari Zambry atau Najib.
Malaysiakini melaporkan:
Veerasingam (kiri) menafikan itu hari ini, dengan menegaskan bahawa MIC dan BN Perak telah mendapat balik sokongan kaum India di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Mkini
Presiden MCA, Chua Soi Lek balas balik dengan kata Nazri Aziz sebagai "arrogant and suffering from "delusion, amnesia and inertia". - Mkini
Naib Presiden MCA Dr Ng Yen Yen pulak perli Nazri balik. Malaysiakini melaporkan:
Bagi MCA, orang yang pandangannya paling penting bagi kami ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Yang menariknya, semalam Perak News melaporkan:
"Jadi kami tak ambil peduli kenyataan Nazri," - Mkini
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengesa MCA dan MIC tidak ambil hati dengan kenyataannya yang dikatakan telah menguris hati kedua-dua parti komponen Barisan Nasional itu.Pasai apa yang Nazri kalut sangat ni. Mungkin ada yang terlepas pandang. Sebelum ni aku ada buat artikel pasai masalah Nazri ni kat sini.
Katanya kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina yang mengatakan beliau kononnya mahu MIC menyerahkan semula enam kerusi DUN di Perak telah dilapor dalam erti kata konteks yang salah.
Sambil menyifatkan laporan tersebut tidak benar sama sekali, beliau berkata perkara itu berlaku kerana wartawan daripada akhbar berbahasa Cina yang menemurah beliau itu tidak memahami bahasa Melayu sehingga kenyataannya disalah erti. - PerakNews
Nazri ingat nila dia buat kenyataan tu, Perkasa akan anggap dia sebagai pembela melayu kot. Yang syoknya, Perkasa buat-buat tak dengar ja kenyataan Nazri tu.
Nazri ingatkan dia boleh untung buat kenyataan macam tu, tiba-tiba bila MCA dan MIC komen, dia rasa tak sedap hati pulak la ku, pasai depa sebut nama Najib. Mampos Nazri kalau Najib dengar cakap MCA dan MIC. Ya la.. takkan Najib nak pertahan Nazri sorang dan sanggup hilang undi orang MCA MIC dan Gerakan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis