Delegasi Pakatan Rakyat mengadap Nik Aziz | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 15, 2011

Delegasi Pakatan Rakyat mengadap Nik Aziz

Keadilandaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menghantar delegasi untuk menemui Menteri Besar Kelantan bagi mendapatkan gambaran  tepat berhubung larangan penjualan loteri, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Pada sidang media di Parlimen hari ini, Anwar berkata, dua wakil dari setiap parti gabungan Pakatan Rakyat dijangka membuat kunjungan itu, selewat-lewatnya Khamis ini.
  
Meraka, katanya, ialah Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. - keadilandaily
Memang sesuai sangat la PR hantar delegasi jumpa TG Nik Aziz berkenaan hal ni. Walaupun aku yakin semua orang dah tau apa pendirian TG Nik Aziz tentang isu judi ni, depa pi tu bukan untuk nak dengar apa pendirian TG Nik Aziz tapi lebih kepada nak dengar apa penjelasan dari mulut TG Nik Aziz sendiri.

Selain dari delegasi Pakatan Rakyat, MCA pun katanya berminat nak pi jumpa TG Nik Aziz, nak mintak penjelasan pasai apa selepas 20 tahun baru ada larangan jual loteri ni. Katanya, TG Nik Aziz memang bersedia untuk menerima kedatangan Presiden MCA tu tanpa syarat.

Cumanya yang aku sikit mushkil, dah jadi ka yang kata TG Nik Aziz nak pi jumpa Karpal Singh hari tu. Kalau dah jumpa tu bagus la.Tapi kalau tak jumpa lagi, tolong la sapa-sapa yang berkenaan, tolong susun pertemuan tu secepat mungkin. Lagi cepat lagi baik.

Dan aku harap, ada pemimpin PAS yang berkenaan yang baca apa yang aku tulis sebelum ni kat sini. Aku yakin, kalau pemimpin PAS di semua peringkat ada hubungan yang baik dengan pemimpin DAP, masalah salah faham macam ni tak timbul.

Agak-agak Ust Din Tantawi boleh dak berkawan rapat dengan Anthony Loke, aku harap boleh la. Tapi kalau tak berapa nak boleh, aku cadangkan dia mintak tolong kawan-kawan yang lain, aku nak cadangkan dia mintak tolong dengan Dr. Muhaimin. Dr. Muhaimin tentu boleh tolong punya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...