Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, Khalid mengakui bahawa beliau masih berasa jengkel dengan pelantikan Mohammed Khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri.
"Jika seorang jurulatih sebuah pasukan tidak boleh memilih pemainnya sendiri, bagaimana pasukan bola sepak itu boleh membentuk pasukan yang kuat dan kompetitif,.
"Jadi itulah asasnya. Walaupun undang-undang tidak membenarkannya, kita tidak boleh belakangkan menteri besar sebab dia adalah sebahagian daripada pasukan," katanya yang menyifatkan perkembangan yang berlaku itu sebagai sesuatu yang "tidak boleh diterima."
Khusrin masih baru
Namun, beliau kini menganggap Mohammed Khusrin sebagai salah seorang daripada pasukannya dan beliau berhasrat supaya semua anggota pasukannya itu bekerjasama demi kepentingan negeri itu. - Mkini
Kesian jugak aku bila baca berita atas tu. Bersungguh-sungguh Khusrin buat kerja, dah berapa bulan dah, tapi MB boleh kata masih jengkil dengan dia. Tak patut sungguh Khalid ni. Kata tu pulak kepada wartawan, habih bukan setakat satu Selangor tapi satu dunia tau.
Tapi, bila fikir balik, memang patut pun Khalid buat macam tu. Sekurang-kurangnya sebagai peringatan kepada Khusrin, jangan sekali-kali lagi jadi 'si anjing Umno' pasai 'boss' dia sekarang adalah MB Selangor dan gerak-geri dia sentiasa diperhatikan.
Dalam masa yang sama jugak, Khalid secara tak langsung mengingatkan kepada Umno, yang tindakan depa yang sangat tak bermoral tu tak senang-senang boleh dilupakan.
Aku nak cadangkan selepas ni, Exco Selangor yang ramai tu pulak sekali sekala, buat kenyataan macam ni. Tak perlu la buat kenyataan yang sarcastik sangat, cukup sekadar untuk bagi signal yang depa masih tak boleh nak mempercayai Khusrin 100%, depa masih ada prejudis kepada Khusrin.
Biar Khusrin sentiasa berasa tak senang duduk, biar dia rasa dia sentiasa diperhatikan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis