Apa dah jadi dengan pembahagian kerusi Sarawak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 25, 2011

Apa dah jadi dengan pembahagian kerusi Sarawak?

Beberapa hari lepas, Anwar Ibrahim dengan megahnya buat kenyataan yang pembahagian kerusi untuk pilihanraya Dun Sarawak dikalangan parti-parti Pakatan Rakyat dah selesai.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pengagihan kerusi bagi PAS, PKR dan DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak telah selesai dan Pakatan Rakyat bersedia bekerja sebagai satu pasukan di negeri itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti termasuk Snap bersetuju dengan kerusi yang ditetapkan.

"Secara keseluruhan kita telah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen, sebentar tadi.. - Hrkh
Hari yang sama Azmin pulak buat kenyataan macam dilaporkan Malaysiakini:
“Saya akan terbang ke sana Khamis pagi bagi berjumpa dengan mereka lagi. Mereka akan tunjukkan senarai kerusi yang dihajati dan calon-calon yang akan dikemukakan dan kami juga akan berbuat perkara yang sama dan dari situ, kita akan membincangkannya,” katanya selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan parlimen hari ini. - Mkini
Macamana Anwar boleh kata pembahagian dah selesai termasuk dengan SNAP Azmin pulak kata dia pertemuan akan dibuat hari Khamis. Dalam pertemuan tu PKR dan SNAP masing-masing akan tunjukkan senarai kerusi yang depa nak. Maknanya belum selesai la tu.

Bernama pulak melaporkan:  
KUCHING, 22 Mac (Bernama) -- Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih bertelagah berhubung pembahagian kerusi apabila SNAP, sebuah parti berasaskan kaum Dayak, hari ini terus menamakan 11 lagi calon yang akan diketengahkannya dalam pilihan raya negeri akan datang.

Dengan pengumuman terbaru itu, SNAP telah memuktamadkan sejumlah 27 calon, susulan pengumuman terdahulu pada 15 Mac membabitkan 16 calon, termasuk bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus, Tebedu, Ngemah, Tarat, Bukit Begunan dan Katibas.

Bagaimanapun, Presiden SNAP Edwin Dundang berkata SNAP menyerahkan dua 'kerusi panas' -- Ba'Kalalan dan Batang Ai -- kepada PKR memandangkan difahamkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian serta Nicholas Bawin akan diketengahkan bagi kedua-dua kerusi berkenaan. - Bernama
mStar pula melaporkan:
Presiden SNAP Edwin Dundang semalam berkata tiada ada perbincangan antara parti berpangkalan di Sarawak itu dan PKR, menyatakan beliau kecewa dengan kegagalan untuk mencapai persetujuan berhubung pengagihan kerusi.

Dundang juga mendakwa PKR tamak kerana ia turut mensasarkan kerusi daripada PAS dan DAP. - mStar
Aku pun tak pasti berapa kerusi sebenarnya yang bertindih tu antara PKR, DAP, PAS dan SNAP. Tapi yang jelasnya pembahagian kerusi masih belum selesai dan tah bila nak selesai dan mungkin takkan selesai sampai hari penamaan calon.

Dari berita kat atas tu, nampak sangat yang PKR yang paling tamak. Dengan SNAP macam yang aku tulis sebelum ni, nampak sangat PKR tamak. Dengan PAS mungkin takdak masalah sangat pasai PAS cuma mintak 6 kerusi tapi kalau dapat 3 kerusi pun aku yakin PAS boleh terima dengan hati terbuka.

Yang paling teruk, dengan DAP pun bermasalah jugak.

BHarian semalam melaporkan:
Setiausaha Agung DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata parti itu meminta 18 daripada 71 kerusi, iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang, Batu Kawa, KotaSentosa, Simanggang, Balai Ringin, Bukit Assek, Pelawan, Dudong, Bawang Assan, Repok, Meradong, Kidurong, Senadin, Piasau, Pujut dan Bukit Kota.

"Dalam perbincangan itu, kami menyerahkan Padungan dan Senadin kepada PKR dengan harapan agar kami dapat memastikan pertandingan satu lawan satu tetapi PKR masih menegaskan supaya DAP bertanding hanya bagi 13 kerusi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata meskipun DAP melakukan kompromi, PKR masih berkeras supaya DAP menyerahkan Batu Kawah, Dudong dan Balai Ringin.

"Kami tidak dapat menyetujui permintaan PKR bagi tiga lagi kerusi meskipun kami menyerahkan dua daripadanya kepada mereka. Ini berita buruk. Perkara initidak bagus," kata Chong, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa dan Ahli Parlimen Bandar Kuching. Chong berkata dengan perkembangan terbaru itu, parti berkenaan 'tiada pilihan' melainkan untuk melakukannya bersendirian tanpa menolak kemungkinan berlakunya pertandingan beberapa penjuru dan pembangkang bertanding menentang satu sama lain. - Bharian
Patutnya isu pembahagian kerusi ni dah lama selesainya. Pilihanraya Sarawak ni memang semua orang tau kena dibuat paling lambat bulan April. Patutnya dari tahun lepas lagi perbincangan pasai kerusi ni dah dibuat dan diselesaikan.

Bila Dun Sarawak dah dibubarkan pun masalah kerusi tak selesai lagi, bila jentera nak boleh bergerak. Takkan nak tunggu hari penamaan calon baru boleh tau parti mana yang bertanding. Apa sangat jentera boleh buat dalam masa 11 hari kempen.

Tambah pulak la kalau ada pertandingan 2 atau 3 penjuru dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri. Memang tentu bungkus laa...

Nak buat macamana, dua tiga hari ni  semua orang sebuk dengan video lucah....

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...