Agak-agak berapa lama Nurul Izzah akan tersenyum? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 04, 2011

Agak-agak berapa lama Nurul Izzah akan tersenyum?

Malaysiakini melaporkan: 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapat permit untuk bagi menerbitkan akhbar mingguan Utusan Rakyat.
Menurutnya, presiden NUJ Hata Wahari (kanan) yang berpengalaman selama 16 tahun dalam dunia kewartawanan dan bahagian editorial, bersetuju untuk menjadi ketua pengarang bagi akhbar tersebut. 

"Saya tidak akan memang menyandang jawatan ketua pengarang. Saya menyerahkannya kepada Hata Wahari... Hata diberi kebebasan untuk menentukan akhbar tersebut. - Mkini
Aku tak berapa tertarik dengan berita tu. Walaupun nampak macam ada sikit kelainan, tapi pada aku 'ending'nya tetap akan sama.

Aku lebih tertarik tengok Nurul Izzah tersenyum. Kalau tengok laporan tu dan cara Nurul senyum nampak macam ahkbar baru tu takdak masalah apa-apa dengan KDN. Nampak macam dia seronok mungkin pasai dia yakin permohonan permit untuk akhbar tu takdak masalah untuk diluluskan.

Harapnya Nurul Izzah akan tersenyum lagi bila dapat keputusan dari KDN yang katanya akan ambil masa 2 bulan sebelum boleh bagi keputusan.

Tapinya, kalau tanya aku. Aku boleh bagi gerenti, gerenti punyala KDN tak luluskan permit punya. Jangan mimpi laa. Takkan Menteri Dalam Negeri tiba-tiba boleh jadi baik, tiba-tiba bertukar jadi mesra pembangkang.

Yang dok ada sekarang ni macam SinarHarian pun dengar ceritanya KDN tengah penin. Nak tarik balik permit nanti nampak sangat macam kukubesi. Nak harap SinarHarian buat salah sampai layak ditarik permit, sampai la ni takdak pun apa-apa isu yang 'mengancam' yang SinarHarian buat.

Takkan kut KDN berani nak bagi permit yang menang sah-sah dikuasai pembangkang walaupun diistiharkan sebagai "bersifat "dwipartisan dan saksama" dalam laporan".

Tambah-tambah pulak nama-nama yang disebut dalam laporan tu semuanya tak mesra 1Malaysia. Ambiga Sreenevasan ni selain peguam jugak pengerusi Berrsih 2.0 yang memang menghentam kerajaan terutamanya melalui SPR. Tengku Razaleigh pulak walaupun Ahli Parlimen BN merangkap Ketua Bahagian Umno Gua Musang tapi jugak dilihat tak berapa nak mesra 1Malaysia.

Takkan kut, KDN nak bagi ruang untuk depa bersuara yang tentu punya tak selari dengan mazhab 1Malaysia. Takkan kut Menteri Dalam Negeri tiba-tiba, dalam keadaan dah mula hangat nak PRU13 boleh pulak setuju nak bagi permit untuk akhbar baru yang hampir pasti akan belasah Umno BN bila sampai masa kempen PRU13.

Takkan kut.

Jadinya, aku tak yakin Nurul akan tersenyum 2 bulan lagi bila permohonan permit akhbar baru ni ditolak. Ataupun mungkin jugak tempoh 2 bulan tu akan jadi 2 tahun, tunggu punya tunggu langsung takdak jawapan. Takkan masa tu pun Nurul Izzah akan tersenyum lagi..

Tapi, kalau dalam masa 2 bulan ni, tiba-tiba KDN bagi permit untuk akhbar baru ni, mesti ada yang tak kena kat mana-mana. Mesti ada udang disebalik batu.

Takkan KDN yang lagi lama jadi 'anjing Umno' boleh tiba-tiba buat keputusan yang akan merugikan Umno BN.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...