TEMERLOH, 4 Mac — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini member amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.Yang aku mushkilnya, kalau betul Malaysia tak macam negara-negara timur tengah tu, apa yang Muhyiddin nak kalut sangat.
Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab.
“Ini provokasi pembangkang...tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu,”. - TMI
Takkan kut Muhyiddin percaya yang rakyat boleh senang-senang dihasut membuta-tuli. Kalau betul rakyat senang dihasut, masa demo Bersih dulu dah kerajaan terguling. Tapi realitinya, tak ramai mana pun yang turun.
Lagi satu, aku rasa tak sepatutnya Muhyiddin risau langsung pasai majoriti rakyat Malaysia ni penakut, terutama sekali orang melayu. Takut sangat walaupun untuk nak cuba ganti parti yang pegang kerajaan. Tah apa depa takut sebenarnya aku tak faham.
Kalau takut melayu jadi teruk bila Umno kalah, selama ni melayu tak hebat mana pun. Walaupun dah lebih 50 tahun merdeka, sasaran 30% DEB pun tak boleh dicapai. Sepatutnya, sebagai 'peribumi' macam yang Perkasa kata, melayu patutnya pegang 70%, bukan setakat sasarkan 30%.
Dah la ada tercatat dalam perlembagaan pasai hak-hak istimewa orang melayu dan ditambah lagi dengan hampir semua menteri orang melayu, hampir semua Menteri Besar/Ketua Menteri dan Exco orang melayu, majoriti kakitangan kerajaan orang melayu dan kuasa politik pun ditangan orang melayu, pun Umno masih gagal walaupun nak capai sasaran 30% tu.
Aku heran sungguh, pasai apa orang melayu penakut sangat tapi dalam masa yang sama percaya yang melayu ada kuasa sultan, melayu ada kuasa ATM dan PDRM. Nak takut apanya, kalau jadi apa-apa takkan kuasa sultan, kuasa ATM dan kuasa PDRM nak tengok saja.
Yang buat orang melayu jadi penakut ni sebenarnya memang agenda Umno. Pasainya depa tau, kalau orang melayu jadi berani tentu punya orang melayu akan tolak Umno. Pasai tu la orang melayu selalu ditakut-takutkan. Masa kecik-kecik budak-budak melayu ditakutkan dengan macam-macam jenis hantu, bila dah besar Umno takutkan orang melayu dengan DAP. Dan memang pun majoriti orang melayu takut kat DAP termasuk la jugak sebahagian orang PAS pun.
Lagi satu, ada satu benda yang paling penting yang nampaknya macam seolah-olah Muhyiddin terlepas pandang. Rakyaat Mesir, Tunisia, Libya dan lain-lain tu, bukan saja-saja suka-suka memberontak tumbangkan kerajaan. Depa memberontak pasai kerajaan kat negara depa tu teruk sangat. Kalau kerajaan kat negara depa baik, adil dan pandai memerintah, apa gila depa nak memberontak.
Sama jugak la rakyat Malaysia pun, kalau Umno BN perintah dengan adil dan cekap tanpa rasuah, salahgunakuasa dan penyelewengan, takdak sebab rakyat nak jadi bangang nak gulingkan kerajaan.
Kecuali la kalau Muhyiddin pun sedar yang memang Umno BN selama ni memerintah tak adil, tak cekap, rasuah bermaharajalela, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan ada di mana-mana. Kalau macam tu, memang patut pun Muhyiddin takut rakyat diprovokasi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis