Ustaz calon Umno akan bagi kuliah di seluruh masjid di Kerdau | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 27, 2011

Ustaz calon Umno akan bagi kuliah di seluruh masjid di Kerdau

Harakahdailky melaporkan:
TEMERLOH, 27 Feb: Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mengambil alih semua pentadbiran masjid dalam Dewan Undangan Negeri Kerdau daripada ahli jawatankuasa yang dilantik secara sah oleh anak-anak kariah.

Jaip dkatakan telah menghantar Pegawai Agama Islam Daerah ke setiap masjid dalam Dun Kerdau sebagai pegawai sementara masjid di situ.

Sementara itu, Harakahdaily turut mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut daripada Imam Masjid Desa Purun, salah sebuah masjid dalam Dun Kerdau, Ustaz Ahmad Nafiri Md Fauzi.

Kata beliau, AJK masjidnya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai JAIP bagaimanapun tidak ada sebarang arahan rasmi (bertulis) dikeluarkan.

"Saya diberitahu pegawai itu juga mengarahkan semua program kuliah yang telah (oleh AJK asal masjid) di atur dibatalkan," kata beliau.

Ditanya sehingga bila arahan tersebut, Ahmad Nafiri berkata beliau tidak diberitahu tetapi tidak menolak kemungkinan sehingga berakhir pilihan raya.

Dalam Dun Kerdau terdapat 22 buah masjid, antaranya Masjid Bandar Kerdau, Masjid Seri Ketumbit, Masjid Jengka 22, Masjid Jengka 23, Masjid Jengka 25, Masjid Rumpun Makmur, Masjid Teluk Sentang dan Masjid kampung Desa Purun. - Hrkh
Patutnya takdak masalah la, kalau semua program kuliah kat semua masjid di Kerdau dibatalkan. Pasainya mungkin kut calon Umno yang juga seorang Ustaz lulusan Al-Azhar nak ganti bagi kuliah atau ceramah.

Memang dahsyat Ustaz calon Umno ni, demi rakyat di Kerdau sanggup nak gantikan ustaz yang bagi kuliah di semua masjid di Kerdau. Memang hebat la kalau dia boleh cover semua 22 masjid.

Tentulah ustaz Umno ni boleh bagi kuliah, kalau tak boleh takkan dia berani nak mengaku ustaz.

Tapinya, aku mushkil jugak, pasainya dah tentu la kuliah-kuliah tu ada macam-macam tajuk, macam-macam bidang. Tentu ada kuliah tafsir, kuliah hadith dan sebagainya. Kalau takat kuliah bab haid dan nifas aku yakin  tentu dia boleh, tapi kuliah tafsir belum tentu lagi.

Memang la dia lulus bidang bahasa arab, tapi jurusan yang dia ambil tu lebih kepada kesusasteraan bahasa. Kalau nak terjemah dari segi bahasa memang sepatutnya dia takdak masalah bagi dia. Tapi nak tafsir Al-Quran bukan boleh takat pandai bahasa arab saja. Nak kena mahir bidang hadith, nak kena mahir bidang asbabun-nuzul, nak kena mahir sirah nabi dan macam-macam lagi. Kalau takat lulus bahasa arab saja, tentu punya kantoi.

Silap-silap lain yang Al-Quran nak cerita lain pulak yang dia ajar.

Gambar hiasan: TG Nik Aziz di salah sebuah masjid di Duk Kerdau
Sumber: Harakahdaily

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...